Advertisement

JALAN-JALAN MAKAN-MAKAN: NU SENTRAL, PENINSULA DAN KFC

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang ternanti-nanti movie sambungan 'Train to Busan' kan? Sambungannya 'Peninsula' sudah ada di pawagam sejak 15 Julai 2020.


peninsula movie

Dalam entri kali ini, Cik TK bukan hendak mengulas mengenai movie ini. Sebabnya kalau Cik TK mula bercerita, nanti terkeluar spoiler sekali. Ingin tahu lebih lanjut mengenai Peninsula sila ke panggung wayang berdekatan kalian. 

Sebenarnya apa yang Cik TK nak cerita ini bukan cerita hari ini. Ini adalah cerita hari Rabu yang lalu (15 Julai 2020). Cik TK dan beberapa orang rakan telah merancang untuk menonton filem Peninsula dan berlaku sekali lagi kejadian seperti dalam entri ini.

Akan tapi, salah seorang rakan Cik TK tetap ajak Cik TK untuk menjayakan rancangan ini. Kami merancang untuk berjumpa di Nu Sentral, kerana lokasinya yang terletak bersambung dengan KL Sentral, strategik ditengah-tengah antara kawasan rumah kami. Cik TK di Kajang, Selangor dan rakan Cik TK itu di Kelana Jaya, Selangor. Cik TK pun sudah lama juga tidak menjejakkan kaki ke Nu Sentral.

Walaupun bunyi macam jauh, tapi kami memang setiap hari memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam tidak kira untuk ke lokasi kerja atau jalan-jalan. Cik TK naik MRT dari Kajang dan rakan Cik TK naik LRT. Untuk yang tidak pasti dengan laluan tren pengangkutan awam di sekitar Kuala Lumpur boleh merujuk kepada peta transit di bawah (Rujukan)

map transit rapidkl

Setibanya di stesen MRT Muzium Negara, Cik TK berjalan ke arah KL Sentral. Rasanya sudah lama juga tidak singgah ke sini. Terakhir kali adalah tahun lepas semasa pulang dari KLIA2 sebab Cik TK naik bas dari sana dan turun di sini. 

stesen sentral kuala lumpur


Setelah kami berjumpa kami terus menuju ke GSC di tingkat 5 Nu Sentral. Cik TK agak teruja juga kerana ini adalah wayang pertama Cik TK setelah sekian lamanya. Terakhir kali Cik TK tonton wayang adalah pada Januari 2020 kalau tak silap. 

beli tiket di mesin

Setelah selesai, kami mengambil keputusan untuk makan tengah hari di KFC dan kami guna voucher seperti yang ada di bawah. Agak banyak juga bagi kami dua orang gadis tetapi apabila makan sambil berborak-borak tidak terasa banyaknya dan tengok-tengok dah habis sahaja kami makan.

Okay, sampai sini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi entri akan datang!

lepak makan kfc


Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Lepas PKP ni tak tengok lagi wayang. Haha nak jalan-jalan bawa anak-anak pun masih takut-takut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam Cik TK, pergi pagi sebab memang sah tak ramai masa pagi weekdays. Kalau time ramai, Cik TK pun ragu-ragu nak pergi.. huhuuu

      Padam
  2. Saya pun selalu guna public transport ke mana-mana sebab senang. Tak payah fikir kalau jem dan jimat kos dari segi minyak dan parking. Kalau tempat tu susah nak dicapai dengan public transport baru drive

    BalasPadam
  3. Bagus tu guna public transport. Jimat kos, jimat tenaga!

    BalasPadam
  4. Belum pernah sampai NU Sentral lagi. KL Sentral pun dah lama tak pergi. Best tu tengok wayang

    BalasPadam
  5. sedapnya KFC...teringin sungguh la bila tengok...peninsula da tengok gak, nanti nak buat review kat blog kalo rajin..

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!