Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau perasan dalam entri minggu lepas dalam entri Cik TK yang ini, ada Cik TK tunjukkan gambar hidangan di bawah ini. Hari ini Cik TK ingin tunjukkan resepinya. Hidangan ini ialah Ikan Salmon Kukus. Tapi tidak semestinya kena guna ikan salmon. Ikan-ikan lain pun boleh guna juga, seperti ikan bawal dan sebagainya.
Ikan Salmon Kukus
Bahan-bahannya:
- Ikan salmon - Cik TK guna ekor. Nak guna bahagian lain atau tukar ikan lain pun boleh.
- 1 biji bawang besar - dihiris
- 2 ulas bawang putih - cincang
- 1 tangkai cili padi - hiris (nak pedas letak lebih)
- 1 batang serai - dititik/diketuk
- Daun kunyit - dihiris
- 2 inci halia - diketuk
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukupnya
- Air secukupnya - Cik TK suka kuahnya banyak, maka letak banyak air
Cara membuatnya:
- Dalam mangkuk, letak ikan salmon yang telah dibersihkan dan dilumurkan garam.
- Kemudian letakkan sahaja semua bahan yang ada ke dalam mangkuk berkenaan. Secara ringkas, taburkan atau selerakkan saja. Bagi serbuk kunyit dan garam pula letakkan secukupnya sahaja.
- Menggunakan pengukus, masukkan mangkuk berisi ikan beserta segala bahan berkenaan untuk dikukus. (Nota: Cik TK tidak menggunakan pengukus. Cik TK guna kuali yang agak dalam untuk mengukus. Dalam kuali itu letakkan alas besi periuk, letak air yang banyak dan gunakan penutup)
- Setelah selesai, bolehlah dihidang. Hati-hati ketika mengangkat mangkuk berkenaan untuk dihidang (Cik TK angkat terus hidang), atau boleh pindahkan isi mangkuk tersebut ke mangkuk lain. Selamat mencuba!!!
20 Ulasan
Sedap tu ikan salmon..jarang2 dpt mkn ikan salmon hehe
BalasPadamsekali sekala boleh laaa
PadamWah! Hidangan yang sihat dan berkhasiat!
BalasPadamDan sedap!!! Nyummy!!
PadamUittt kemain nampak sedap salmon kukus tu... biasa masak grill gan asam pedas aje, nanti boleh try kukus gini..
BalasPadamSalmon ty sedap masak apa cara pun.. nyummy!!!
PadamSempoi je resepi nie. Tapi mesti sedap :) Menu orang diet hehehe
BalasPadamMudah je cara buatnya.. dan sedap!!
Padamjarang sangat masak ikan salmon, kalau ada pun biasa akak bakar je... tak pernah masak kuah gini... macam menarik juga
BalasPadamBoleh cuba.. sekali sekala kannn
PadamTak pernah beli lagi ikan solmon ni
BalasPadamKalau nak buat guna ikan lain pun boleh.. macam bawal hitam ke.. sedap juga
Padamikan salmon ni shida pernah mkn kat sushi jer ^_^
BalasPadamTq sharing resepi nih :)
U r welcome!!
PadamSalam kenal Cik TK :)
BalasPadamIkan salmon masak apa pun sedapkan?
Betul.. salmon sedap masak apa jenis hidangan pun
Padamizzati tak pernah cuba ikan salmon seumur hidup. tengok cam sedap je. 😍😋
BalasPadamSedap.. try la nanti
Padamselalu ingat memasak ni susah je kan..padahal klo ada minat senang je rasa..heheh..boleh cuba la..suka makan salmon ni..selalu buat grill je
BalasPadamBetul ni.. yang penting minat dan keinginan nak buat
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!