Advertisement

RESEPI: TELUR DADAR SOSEJ LAUK MUDAH KEGEMARAN KELUARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi kali ini ialah telur. Siapa yang tidak suka dengan hidangan telur? Majoriti antara kita pastinya hampir setiap hari jumpa masakan telur. Antara resepi yang mudah untuk dibuat ialah telur dadar. Telur dadar ini boleh dimodifikasi kepada pelbagai rasa dan tekstur. Sebagai contoh, nak yang gebu, boleh ditambah mayonis. Kalau nak lebih tebal, tambah apa-apa bahan seperti dalam resepi di bawah!



Telur Dadar Sosej

Bahan-bahan:
  • 3 butir telur
  • 1 biji bawang merah - hiris
  • 1 cubit garam
  • 2 batang sosej - hiris
  • Boleh saja tambah apa-apa bahan lain mengikut selera masing-masing, seperti hirisan daun bawang, cili dan sebagainya
  • Minyak secukupnya


Cara membuatnya:
  • Letakkan telur, bawang dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  • Kemudian masukkan sosej dan bahan-bahan lain. Kacau.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan telur tadi dan kecilkan sedikit api. 
  • Setelah bahagian bawah nampak berwarna keperangan terbalikkan telur dadar.
  • Angkat bila sudah siap. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!!





Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. ni adik lelaki kita pun suka buat...dia susah sikit nak makan benda lain, benda ni la macam makanan ruji dia..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha sama la juga di sini.. adik-adik suka bila letak sosej. Ayah Cik TK pun suka sebab telur dadar jadi tebal

      Padam
  2. memang mudah dan sedap..telur dadar versi cik TK ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lauk paling senang nak buat.. sedap makan dengan nasi letak kicap kan

      Padam
  3. telur dadar memang tak pernah ada yang tolak... cuma kalau di rumah cuma bawang putih bawang merah dan garam yang di tumbuk kalau di hiris kang si aiyan bising lak ada bawang hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo faham faham... ada yang jenis tak suka bawang hiris

      Padam
  4. Telur dadar mkn dgn nasi kosong saja pun dah sedap

    BalasPadam
  5. Telur memang wajib ada dalam simpanan, penyelamat di kala perut lapar dan tak berapa ada masa bersilat di dapur heheeee.

    BalasPadam
  6. rasa selalu jugak buat resepi mcm ni. sebab bila tinggal hostel, telur dan sosej antara makanan yg wajib selain maggi, hehe. senang dan sedap

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!