Advertisement

RANCANGAN YANG SELALUNYA HANYA TINGGAL RANCANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pernah tak kalian merasai pengalaman sebegini? Kadang-kadang bila kita merancang apa-apa ianya tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerana faktor-faktor yang tertentu?


Contoh paling senang la kan, kita planning bercuti dengan kawan-kawan. Tapi  jadinya planning sahajalah. Berlakunya tidak. Contoh lain paling senang, planning nak pergi makan ramai-ramai, pun sama. Hanya tinggal rancangan.

Yang paling Cik TK tak faham, bila dah plan nak pergi, tak jadi sebab semua bagi macam-macam alasan. Tiba-tiba sibuk la, ada hal lain la. Sedangkan kita dah rancang awal. Tapi bila tak ajak ada merajuk pula. Tak faham betul Cik TK.

Seperti kata-kata yang kita selalu dengar, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Tidak semua yang kita rancang atau harapkan akan berlaku seperti yang kita harapkan. Jadi kita haruslah berlapang dada dan terima apa yang berlaku, mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa apa yang kita rancang ini tidak menjadi.

Oleh kerana itu pada Cik TK, yang selalu terkena dengan rancangan yang tidak menjadi, Cik TK sekarang suka dengan planning spontan, secara tiba-tiba bersama kawan-kawan atau pergi sahaja seorang diri. Yakni on the spot. Contoh, pergi mana-mana secara mengejut sahaja. Jom ke sana. Ajak spontan. Kadangkala Cik TK yang ajak, kadangkala kawan-kawan yang ajak. Juga spontan. Baru menjadi. Kadangkala, pergi seorang. Bukan bermakna tiada kawan. Cuma lebih senang tidak perlu menghadap kerenah sesetengah orang yang pelbagai. 






Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Oleh sebab itu suka buat seorang. Kalau ramai-ramai kena ikut keselesaan orang lain juga.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!