Advertisement

PERTAMA KALI KE NINSO, JIMAT SEMUA BARANG RM2.10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, Cik TK berkesempatan untuk singgah ke Ninso. Pertama kali masuk ke Ninso ini. Apa yang boleh Cik TK katakan, macam-macam boleh cari di sini dengan harga yang berpatutan. Harga pun murah. 

Di Ninso ni semua barang RM2.10. Macam-macam yang ada di Ninso ni. Alat tulis, mainan, barangan hiasan/deco rumah, peralatan/perkakasan dapur, pelbagai jenis bekas/barangan plastik, peralatan membersih, makanan dan minuman, pelbagai jenis sabun, buku kanak-kanak, barangan kosmetik dan macam-macam lagi. 

Sesuai untuk kaum wanita yang suka shopping kan? Jimat juga lagi sebab setiap barang RM2.10 sahaja. Semua barang pun disusun mengikut kategori. Sedap mata memandang dan senang nak cari barang. Klik sini untuk mengetahui lokasi cawangan Ninso berdekatan kalian.

Di bawah Cik TK sertakan apa sahaja yang Cik TK beli hari ini.


Shopping di Ninso

Shopping di Ninso
Barang-barang yang Cik TK beli. Stokin, tuala kecil, peralatan dapur, snek dan biskut untuk dikudap, tape dan dispenser kecil, kad UNO, hiasan kucing dan frame gambar hiasan dinding

Shopping di Ninso
Beli kad UNO juga untuk sekeluarga main sama-sama

Shopping di Ninso
Bila Cik TK nampak kucing ni Cik TK berkenan sangat. Comelnya.. Sesuai letak atas meja kerja atau meja kecil sebelah katil. Jadi hari-hari boleh tengok dia.
Shopping di Ninso
Baru lepas tampal yang flamingo tu di dinding. Yang lagi empat tu, pun harga RM2.10 juga, beli di Eco Shop

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Pernah sekali masuk Ninso, lama dulu.
    Belum lagi jejak kali kedua sebab setiap kali lalu berhampiran Ninso, banyak sangat orang beratur... heheee. Banyak betul pelanggan Ninso.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, boleh tahan ramai juga.. macam2 barang ada dengan harga rm2.10

      Padam
  2. jimat kalau beli sikit tapi kalau tanpa sedar penuh bakul... jadi tak jimat heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Masuk nak beli satu barang tiba2 penuh sebakul..

      Padam
  3. jikalau x ramai org meme abe kie masuk kedai eco rm2 camni. byk barang murah yg boleh dibeli cuma kadar hayatnya x lama la....

    BalasPadam
  4. dgn 2 ringgit boleh dapat barang harga mcm tak 2 ringgit pun kan.. cantiklah hiasan dinding tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Cik TK tertarik dengan flamingo tuuu

      Padam
  5. Comel kucing tu..

    BalasPadam
  6. Suka juga masuk ninso..harga tetap RM2.10 tu untuk semua barang, tu yang macam-macam beli tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. jadi beli macam2.. terkeluar dari list barang yang nak dibeli dah

      Padam
  7. kedai2 macam ni sangat bahaya haha.. masuk nak beli satu dua barang ja..
    keluar dngan penuh tangan hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo itu biasa berlaku. Contoh masuk pasaraya nak beli beras, keluar pasaraya bawak se-troli barang

      Padam
  8. adeiii ingatkan kucing betul tadi...😝

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!