Advertisement

JALAN-JALAN MAKAN-MAKAN: MERCHANT'S LANE DAN KWAI CHAI HONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebiasaannya selepas habis kerja apa yang kalian lakukan? Cik TK biasanya terus balik rumah. Akan tetapi hari ini berbeza sedikit. Walaupun seperti biasa menuju ke arah LRT, setibanya di LRT secara tiba-tiba kami (Cik TK dan kawan-kawan) bersepakat untuk turun dan berjalan-jalan disekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur. 

Disebabkan perut kawan Cik TK sudah mula berkeroncong, kami pun merayau mencari lokasi untuk makan. Entah macam mana kami tiba di Merchant's Lane yang terletak di Petaling Street. Agak tersorok juga lokasinya. Untuk ke sini, sila cari pintu hijau di kedai alat tulis yang berada bersebelahan dengan Advance Tertiary College dan naik ke atas.

Pada Cik TK, tempat ini macam agak vintage sikit dan sesuai menjadi spot mereka yang suka ambil gambar atau apa orang muda mudi kata? Instagrammable gitu. 

view dalam merchant's lane

view dalam merchant's lane


Sepanjang berada di sini, Cik TK sibuk berborak sahaja. Entah apa sahaja yang kami borakkan. Sampai Cik TK lupa nak ambil gambar sekeliling. Makanya, Cik TK hanya dapat tunjukkan sebahagian daripada kawasan dalam Merchant's Lane ini. Di bawah ini adalah menu yang ada di sana. Memang unik nama menu-menu yang ada di sana. Apa yang kami cuba adalah Italian Chow Mien. Pada Cik TK, hidangan ni memang sedap. Kalau kalian ke sini nanti bolehlah cuba.


menu merchant's lane

menu merchant's lane

view di merchant's lane

menu merchant's lane

Selesai makan, kami jalan-jalan disekitar Petaling Street ini dan singgah ke Kwai Chai Hong. Sejujurnya, disebabkan oleh Cik TK ini jenis pergi ke suatu tempat hanya ketika perlu, Cik TK sudah lama tidak singgah kawasan Pasar Seni. Jadinya Cik TK pun tak perasan kewujudan tempat ini.

Kwai Chai Hong ini terletak di kawasan Petaling Street dan Lorong Panggung. Kwai Chai Hong sebenarnya adalah kawasan lorong yang dihidupkan semula menjadi kawasan pelancongan yang mana ianya sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar singgah. Dalam erti kata lain, Instagrammable juga. 

sekitar kwai chai hong

sekitar kwai chai hong

sekitar kwai chai hong

sekitar kwai chai hong

sekitar kwai chai hong

Kemudian, setelah selesai kami semua menuju kembali ke LRT untuk pulang. Melalui jalan sini, Cik TK sedar, sudah bertahun rasanya tidak melalui kawasan ini. Zaman study dulu, selalu Cik TK merayau-rayau di sekitar sini. Ataupun masa bawa saudara-mara datang berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Petaling Street

Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita




Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Cantik-cantik gambar.
    Sayapun lama tidak jalan ke Kuala Lumpur. Dulu saya selalu turun Jalan Silang kemudian ambil bas pergi rumah makcik di Ampang Jaya. Apa rupa sekarang jalan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh lah datang kawasan sini jalan-jalan bila turun KL

      Padam
  2. Nak try datang sini la nanti dengan kawan-kawan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila-sila... Nak hangout pun ada banyak cafe2 menarik

      Padam
  3. cantik nya jlaan situ, bersih dan suka tengok segala macam gambar yang ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah banyak beza berbanding dulu... Boleh la jalan2 pusing sekitar sini lagi nanti

      Padam
  4. cantiknya gambar2.. yang suka upload gambar kat IG memang sesuai sangat ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai untuk orang yang suka ambil gambar ni...

      Padam
    2. Untuk yang suka makan2 pun ada macam2 cafe menarik disekitar kawasan ini

      Padam
  5. memang intagrammable sangat tempat ni dan sekitarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jalan2 lagi lepas ni.. saja2 release stress kan...

      Padam
  6. best ni santai2 cuci mata kat sini...

    BalasPadam
  7. Sukanya tempat macam ni dipenuhi dengan seni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pun suka.. nanti ada kesempatan nak singgah tempat2 lain pula

      Padam
  8. kwai chai hong dah pernah gi, merchant lane belum...suka cafe vintage2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di kawasan pasar seni, banyak juga cafe2 vintage ni

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!