Advertisement

TOLONGLAH TEPATI MASA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar sekadar hiasan
Hari ni entri Cik TK berkenaan menepati masa. Mengikut pengalaman Cik TK selama 23 tahun Cik TK hidup ni kan, didapati ramai yang selalu tidak menepati masa.

Sebagai contoh, situasi-situasi di bawah ni selalu berlaku pada Cik TK.

Situasi 1
Ali memberitahu Abu supaya berjumpa di stesen keretapi pada jam 11 pagi. Abu tiba tepat pada masanya. Sehingga 10 minit kemudian, Ali masih tidak muncul-muncul.
Abu menelefon Ali untuk bertanyakan keberadaannya. Ali kata, “On the way, on the way… Jap ek!”. Last-last, Ali sampai 11.30 pagi. Dia lambat sampai dengan alasan lambat bangun. WTH!!!???

Situasi 2
Pihak suatu majlis meminta para hadirin untuk tiba di dewan pada jam 8.30 pagi kerana majlis akan dimulakan jam 9 pagi. Tapi entah kenapa, majlis itu dimulakan jam 9.30 pagi. Ini Cik TK masih boleh terima lagi sebab kadang-kadang ada masalah teknikal ke apa.. 

Situasi 3
Waktu nak buat group discussion, masa yang dipersetujui adalah 9 malam. Tiba-tiba pada waktu yang dijanjikan itu ada yang masih sibuk nak makan kat kafe la, tengah kat kedai beli barang la... Tolonglah fikirkan perasaan orang yang tengah menunggu di lokasi yang dijanjikan.

Bukan Cik TK nak salahkan mana-mana pihak. Tapi, masa itu emas. Kita tidak seharusnya membazirkan masa dengan menunggu. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Berbanding membuang masa dengan menunggu, lebih baik uruskan hal-hal lain yang lebih penting untuk diselesaikan. 

p/s: MASA ITU EMAS. HARGAILAH MASA ANDA SEBAIKNYA, ISILAH DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERFAEDAH.

p/s (lagi?): Cik TK ni sangat tak suka menunggu dan ditunggu.

Catat Ulasan

0 Ulasan