Advertisement

RESEPI: SATE AYAM



Bahan-bahan:-
400gm daging ayam (dipotong kecil)
½ sudu teh garam
30gm gula
lidi sate
3 sudu besar minyak
1 btg serai (dititik – untuk merenjis sate)

Bahan dikisar:-
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1 sudu teh ketumbar (disangrai)
½  sudu teh jintan manis (disangrai)
½  sudu teh jintan putih (disangrai)
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar santan
1 batang serai

Cara-cara:-
  1. Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama beberapa jam.
  2. Cucuk ayam pada lidi sate.
  3. Lebihan bahan perap tadi digaul dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg ditik semasa membakar sate.
  4. Bakar hingga masak.
  5. Sedia dihidang dengan nasi himpit dan kuah kacang (Cik TK tak guna kuah kacang).

Catat Ulasan

4 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!