Advertisement

HAIWAN PELIHARAAN? Part 1

#Ini kisah dulu-dulu… Nostalgia sungguh. Entri ini ditulis kerana rasa rindu yang infiniti terhadap Rukia (arwah kura-kura TK, bukan Kuchiki Rukia okee!?).


Bukan bercakap pasal Rukia ini okee!?
Ramai kawan-kawan kata TK ni jenis yang kasar (sampai la sekarang). Nampak macam tak penyayang terutama terhadap haiwan. Sebab mereka nampak TK lari lintang-pukang eh, tak la sedahsyat tu! bila kucing-kucing yang comel dan gebu itu datang menghampiri. Itu baru kucing, belum lagi arnab dan hamster bagai. Itu dulu. Sekarang bersama haiwan itu satu keperluan. Mana tak nya, jurusan TK memerlukan TK berurusan dengan pelbagai spesis haiwan liar. Pernah dah berurusan dengan memerang, landak, tenggiling dan sebagainya.

Waktu dulu tu, bukan takut ke apa, cuma tak biasa dengan haiwan. Maklum la, kat rumah TK tak dibenarkan bela haiwan. Maka jarang berhadapan dengan haiwan. Tapi kekecualian diberikan kepada spesis air. Macam ikan dan kura-kura. Ayah TK bela ikan. Macam-macam ikan ada. Ikan emas, ikan apa entah yang gendut-gendut comel tu. Itu dulu. Sekarang bela ikan yang tahan lasak sikit. Ikan patin, lampam dan sebagainya.

Dan TK pula? Bela kura-kura. Bukan seekor. Bukan dua ekor. Tapi EMPAT ekor. Tiga jantan, seekor betina. Yang jantan TK namakan Didi, Dodo dan Momotarou. Ya, nama Momotarou tu dari cerita Kamen Rider Den-O tu… Hehe~ Yang betina tu TK namakan Rukia. Sebab TK sangat minat anime Bleach. Dalam Bleach, TK sangat minat watak Hitsugaya Toushirou, tapi takkan nak bagi nama toushirou pada kura-kura betina. Maka TK pun namakan Rukia je.


Makhluk merah sebelah Takeru Sato ini la Momotarou. Segak? Comel?
Ini Hitsugaya Toushirou. Sangat bergaya apabila menggunakan kuasa Bankainya! 
Ini Rukia. TK pernah letak gambar Rukia ni dalam entri tutorial ini.
To be continued....
Update: SINI


p/s: Tahap kekasaran TK agak dasyat juga la. Pegang hamster pun macam genggam kuat  macam nak kasi penyet je… Itulah yang terjadi bila pegang hamster kepunyaan Giselle dulu. Sebagai seorang gadis, TK harus belajar untuk berlemah lembut. Huhu~ 

Catat Ulasan

0 Ulasan