(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Saturday, 23 February 2013

HAIWAN PELIHARAAN? Part 2


Sambungan dari entri lepas: HAIWAN PELIHARAAN? Part 1

Antara empat-empat kura ni, Rukia la yang paling TK sayang. Tiga ekor jantan tu mati awal. Maka bertahun-tahun TK bersama Rukia. Sejak TK form 6 lagi kami bersama. Kami selalu bermain bersama. Rukia suka bebas. Tak suka duduk dalam kolam. Maka TK selalu biarkan dia merayau di ruang tamu, dalam bilik, dapur sampai mak TK marah sebab biarkan Rukia merayau merata-rata.



TK tengah online pun Rukia akan duduk diam-diam atas riba TK. TK selalu bercakap-cakap dengan Rukia. Selalu meluahkan rasa pada Rukia. Kalau TK makan, dia pun nak join sekali. Dia tak suka makan pellet dengan sayur. Jadi, biasanya waktu TK makan TK akan kasi dia makan sekali. TK makan aiskrim, dia bagi dia makan bahagian konnya. TK makan bebola ikan, TK akan potong kecil-kecil bagi dia makan sekali. TK makan nugget, Rukia akan join makan isinya. TK makan buah, TK pun akan potong kecil-kecil bagi dia makan sekali. Pendek kata, kami sentiasa bersama. Buat apa pun bersama. Kecuali bila TK balik Kelantan. Rukia tu sebesar tapak tangan. Nak bawa pergi Kelantan sekali susah. Mana TK nak letak dia?



Rindu pada Rukia… Masa TK dah nak habis praktikal (pertengahan 2012), TK dapat tahu Rukia mati. Sedih yang amat la waktu tu. Lepas tu, sampai sekarang TK tak bela apa-apa haiwan dah. 

Join TK sekali main lappy...

Bila dia bosan tu mula la dia kacau...


2 comments:

Syazana Zainn said...

dulu pon ade bela gak kura2 ni
tp ada orang curik waktu buat kenduri ritu -_-

TK said...

eh, boleh pulak macam tu...? sabar je la ek awak...