Raya Terkejut 2022
Sebaik sahaja dapat tahu mengenai raya pada hari Isnin 2 Mei, pada masa itu Cik TK sedang berbuka. Lambat sikit sebab bergilir dengan rakan sekerja. Yup, sedang bekerja pada hari itu. Ikutkan jadual, hari last puasa (sepatutnya Isnin) kami akan tutup awal. Tapi pada masa itu (Ahad) jam 8 lebih malam masih berada di tempat kerja sebab patutnya tutup jam 10 (balik 10.15 malam). Bila pengumuman raya dibuat, bos kata boleh tutup terus. Apa lagi, laju la kami semua buat closing dan terus gerak balik jam 8.50 malam macam tu.
Tiba di rumah kira-kira jam 10 malam, mama Cik TK sedang memasak manakala ayah Cik TK pula sedang mengemas bersama adik lelaki Cik TK. Cik TK apa lagi, mandi dulu buat apa yang patut dan terus sediakan apa yang patut. Keluarkan pinggan mangkuk cawan gelas semua, join kemas apa yang patut... Pendek kata, tak kalut sangat la. Santai-santai saja. Kalau kelam kabut nanti apa pun tak jadi. Cik TK masa tu tidur jam 1 pagi jugalah. Tapi waktu ni semua orang pun tak gosok baju raya lagi. 🤣
Pagi raya sambung masak. Malam sebelumnya rendang dan gulai ayam dah siap. Pagi ni buat mini murtabak, kuey tiaw goreng dan terung goreng sambal hijau. Menu raya kami ialah mini murtabak, nasi berlauk (3 lauk) dan kuey tiaw tu lah. Tak banyak, lagipun bukan untuk kami sahaja makan. Kebiasaannya memang hari pertama raya tu memang kami dah buat terus open house untuk saudara mara terdekat. Oh ya, tadi Cik TK ada sebut kan baju tak gosok lagi? Baju kami semua, adik perempuan Cik TK gosokkan sementara anak buah Cik TK tak bangun lagi. 🤭 Jam 11 lebih macam tu kami beraya di rumah makcik dulu. Kemudian, kami pula open house sampai malam. Raya kedua dan ketiga kami kunjung mengunjung rumah saudara mara pula. Itu sajalah pengalaman raya Cik TK kali ini. Raya kelima dah mula masuk kerja semula.
8 Ulasan
Selamat Hari Raya cik TK...
BalasPadamjanganlah anak-anak ammi tau pasal anime fest tu...naya pak karim
Selamat hari raya juga Ammi!
PadamHehe akan datang ada banyak event anime lagi ammi.
Selamat Hari Raya cik TK. 💜
BalasPadamSelamat hari raya kak ily!
PadamSelamat Hari Raya 2022. Untung dapat join Anime Fest.
BalasPadamHehe alhamdulillah dapat cuti time tu. Tunggu next month punya event pula!
PadamSelamat hari raya Cik TK...maaf zahir & batin...
BalasPadamSelamat hari raya juga!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!