Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Baru-baru ni... Secara tepatnya 6 Mac 2022 hari tu (macam biasa la kan, Cik TK ni lambat update 😅) Cik TK bersama dengan Encik L pergi ke event Lubok Menan yang terletak di Evo Mall, Bangi, Selangor. Event ini diadakan untuk 2 hari (5-6 Mac). Last minute kami dapat tahu ada event ini. Kami sebenarnya awal-awal lagi merancang untuk ke event lain sebenarnya, Collectors Market di Sungei Wang tapi event itu dibatalkan beberapa hari sebelum itu. Tak pasti pula kenapa. Kemudian secara tak sengaja Encik L terjumpa satu event lain di laman 'muka buku' dan kebetulan lebih dekat dengan kawasan rumah kami maka kami pun rancang untuk ke sana. Dan kami sengaja pergi pada hari kedua event iaitu Ahad 6 Mac kerana ada pertandingan cosplay. Cik TK memang suka cuci mata tengok cosplay! Nak join cosplay sekali, segan! Huhu~ Terasa sangat lama tak pergi event macam ni. Kali terakhir kalau tak silap adalah pada akhir 2019, Comic Fiesta.
Alang-alang kami berada dikawasan Bangi, sebelum ke Evo Mall kami cuci mata dulu di Jalan Jalan Japan yang terletak di Kip Mall. Bangunannya dekat saja dengan Evo Mall. Kemudian jam 1 macam tu kami bergerak ke Evo Mall (jarak dalam 5 minit je dari Kip Mall) di mana lokasi event Lubok Menan 2.0 ini berada. Tujuan utama adalah nak tengok pertandingan cosplay pada jam 2. Setibanya kami di sana, terlihat banyak gerai atau booth dari pelbagai vendor dengan pelbagai koleksi barangan anime. Oh sesungguhnya memang Cik TK akan lama berada di sini, mencuci mata. Tiba di kawasan pentas, para cosplayer sudah menanti di barisan menanti giliran untuk naik ke pentas untuk beraksi. Pelbagai watak ada di sini. Kamen Rider Kabuto, Lilymon dari Digimon, Spiderman, Bumblebee dari Transformers dan banyak lagi!! Pengacara di pentas pula, Joker! Jurinya juga berkostum. Yang memang Cik TK ingat, Spidergirl! Setelah tamat mereka beraksi, kami memang tak lupa untuk mengambil peluang untuk bergambar dengan mereka. Keputusan cosplay? Watak Majinbu dari Dragon Ball adalah johan dan Lilymon dapat tempat kedua. Tahniah kepada mereka!
|
Kelihatan para peserta sedang beratur menunggu giliran untuk naik ke pentas |
|
Di atas pentas. Kami tengok dari tepi, sebab nak elak kawasan yang agak ramai orang. |
|
Tak lepaskan peluang ambil gambar dengan mereka. Naruto, Kamen Rider Joker dan Lilymon! |
|
Kalau nak tahu, yang kuning tu Bumblebee. Transform jadi kereta tu! Comel!! Lagi dua ialah Kamen Rider Kabuto dan watak dari Squid Game. |
Di hadapan pentas adalah lokasi booth-booth yang Cik TK ceritakan tadi. Banyak figura anime dan kartun, sticker dan merchandise lain. Yang paling utama bagi Cik TK sudah semestinya cuci mata layan pelbagai figura. Terutama jenis chibi. Sangat comel. Tapi sayang, Cik TK tak jumpa yang betul-betul berkenan di hati. Maka Cik TK hanya dapat tangkap sticker-sticker anime sahaja yang mana nanti pasti Cik TK bakal guna sebagai bahan journal Cik TK nanti. Encik L pula? Dia dapat tangkap kamen rider. Hahaha! Dah habis pusing-pusing ternampak pula iklan (or memo?) yang menyatakan ada 'Avenger Training Camp' di tingkat atas. Maka laju la kami ke sana. Ada game memanah dan menembak di sana. Pada mulanya kami hanya menonton. Cik TK teringin nak mencuba, tapi segan. Tapi kerana Encik L sibuk meracun maka akhirnya Cik TK teracun. Baik, kita memanah! Abang yang jaga sana ajar dulu, macam mana nak guna busur dan tengok mana nak aim. Tapi nasib tak menyebelahi, walaupun dah diberi lebih peluang masih tak berapa nak kena sasaran. Apapun, ianya pengalaman yang menarik. Nampak gayanya lepas ni mungkin boleh pergi memanah di Times Square pula. 😁
|
Kelihatan pelbagai booth yang ada di sini. |
|
Ini dari booth prop, dia punya hasil tu sangat detail! |
|
Tadaaa! Pelbagai figurine di sini! |
|
Suka tengok Greymon tu! Oh ya, kepala Deadpool tu bergerak tau! |
|
Tengok la kepala Kamen Rider Black tu! Sangat detail! |
|
Inilah dia berkenaan 'Avenger Training Camp' tu. |
|
Beraksi sekejap. |
|
Ada perlawanan kad Vanguard juga. |
Baik sampai di sini sahaja dulu perkongsian cerita dari Cik TK. Next time ada event lagi nak pergi lagi! Jumpa lagi entri akan datang!
10 Ulasan
Seronok jugak. Saya suka pergi event begini, cuci-cuci mata. Lilymon tu cantik dan real betul
BalasPadamKan.. kagum dengan mereka yang bercosplay ni. Buat kostum, dandanan, menjiwai watak yang dimainkan...
PadamDulu saya pernah menjadi pengumpul, tetapi dah lama saya tinggalkan.
BalasPadamWah, mesti dulu dah banyak kumpul macam2 kan...
PadamBanyak juga event yang dibuat di Evo Mall ni.
BalasPadamOh ye ke? Banyak event ye buat kat sana?
Padamanak buah ammi ada buka booth dia haritu kat sini..dia jual figurine & rare items.
BalasPadamOh ye ke ammi? Mungkin Cik TK ada terjumpa anak buah ammi sebab Cik TK singgah semua booth!
Padamkat setiawangsa sblm covid selalu buat event mcm ni tp sy x igt namanya... toys collector apa ntah. kwn2 sy rajin pegi. lps covid ni x tau ada buat lg ke tak
BalasPadamOh collectors market ya? Sebelum ni pernah Cik TK pergi yang dekat PJ
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!