Advertisement

KADANGKALA TIDAK TAHU ITU LEBIH BAIK


Kadangkala, ada baiknya jika
kita tidak tahu mengenai sesuatu.
Ada kalanya, ada baiknya jika
kita bersifat tidak ambil tahu tentang sesuatu.
Kerana ada kalanya,
jika kita tahu,
mungkin hati akan terluka.
Mungkin bakal jadi iri.
Mungkin diri akan terasa.
Mungkin akan mula bermasam muka.
Kita tak tahu apa orang rasa,
dan orang lain juga tak tahu apa kita rasa.
Kadang ada orang tak selesa dengan kita,
begitu juga sebaliknya.
Walau rambut sama hitam,
tapi hati lain-lain.
Tapi masing-masing boleh bertolak ansur,
dan saling menjaga,
rahsia dan hati masing-masing...
Agar tiada yang terluka,
agar tiada bakal iri,
dan agar tiada yang bakal terasa.


Cik TK - Khamis 17/3/2022, 3.54am
(Spontan menulis ketika
tidak dapat tidur di dalam bas)




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Cantik susunan kata kata
    Sama tapi tak serupa kan
    emmm itulah manusia

    BalasPadam
  2. bila dapat tahu. lama pulak tu overthinking. tu yang tak best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. jadi dok terfikir-fikir... Kenapa ini... Kenapa ituuu... Huhuuu

      Padam
  3. betul cik TK... sy pun mcm tu... lebih baik x tau atau x ambil tau sbb bila dh tau mungkin persepsi kita akan berubah terhadap org atau perkara tu.. malas nk renyahkan otak dgn benda yg nonsense & annoying

    BalasPadam
  4. Betul. Bukan semua perkara adalah bagus untuk kita tahu atau beritahu.

    BalasPadam
  5. betul. sekurang kurangnya tiada hati yg terluka

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!