Advertisement

KEMBALI DI SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Terasa lama sudah Cik TK tidak bersiaran di sini... Bila tengok balik, lama juga sudah sebulan lebih juga ya... Maaf ya, agak sibuk dengan tugasan hakiki dan lain-lain perkara kebelakangan ini. Sesungguhnya rasa macam 24 jam sehari ni macam tak cukup. Rasa macam cepat je masa ni berlalu hari-hari.

Akan tetapi Cik TK tidak hilang terus dari dunia maya. Cik TK masih muncul sekali sekala di TikTok. Sesiapa yang follow Cik TK di TikTok sudah pasti akan ternampak postingan Cik TK di sana. Kata sibuk, bila edit videonya? Dalam tren, masa dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Kalau tengok dalam tren, penumpangnya majoriti akan tunduk melihat telefon bimbit masing-masing. Selalu Cik TK perhatikan, ada yang menonton drama atau movie, ada yang main game, ada yang membaca dan ada yang skrol postingan sosial media. Cik TK pula? Kalau tak menonton, Cik TK akan edit video. Oh ya, jika ada yang berminat, boleh la follow Cik TK di sana: @ciktk 

Selain merasakan satu hari 24 jam ini tidak mencukupi, kebelakangan ini juga Cik TK rasa agak down sikit. Entah la sebab apa, macam kurang motivasi untuk membuat banyak perkara. Apapun Cik TK okay! Baiklah sampai sini sahaja dulu entri kali ini. Terima kasih ada yang bertanya pada Cik TK kenapa lama tak update blog, Cik TK terharu kerana tak sangka ada yang perasan Cik TK lama tak update. Baiklah, jumpa lagi dalam entri akan datang!


Catat Ulasan

6 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!