Advertisement

REZEKI TANGKAP NOMBOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera!


Selamat berhujung minggu semua!! Apa saja aktiviti korang hujung minggu kali ini? Apapun aktivitinya, sentiasa ceria selalu ya!! Hujung minggu kali ini Cik TK dirumah saja, merehatkan diri. Makan, tidur dan layan youtube. Haha betul-betul rancangannya lepak dirumah.

Balik ke tajuk asal entri ini, beberapa hari lepas Cik TK secara tak sengaja dapat tangkap nombor di teratak rakan blogger kita dari https://salinasafea.blogspot.com/. Dua tiga kali juga dok perati betulkah nombor 80,000 ini. Bila dapat screenshot pageview tu Cik TK pun email tuan empunya blog petang itu dan rezeki Cik TK dapat hadiah tunai RM20. Terima kasih dan semoga murah rezeki awak ya! 


Ini la dia tangkapan nombornya.

Terjah la ke sini pula ya! Pemilik blog sedang menanti siapa yang bertuah untuk tangkap nombor yang seterusnya!




Catat Ulasan

11 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!