Advertisement

SELAMAT TAHUN BARU 2022!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Sebulan sudah Cik TK tidak bersiaran di sini. Tersangkut antara kerja hakiki dan perkara-perkara lain yang membuatkan Cik TK tidak dapat nak fokus pada hobi Cik TK untuk berkongsi di sini. Apa khabar semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Diharap semuanya baik-baik belaka. Oh ya, gambar di atas itu latarnya Cik TK buat bersama anak buah Cik TK iaitu Dhia (1 tahun 5 bulan). Saja ajar dia mengenal warna. Cik TK guna aplikasi Autodesk. Kalau korang jenis yang suka melukis boleh la cuba aplikasi ni. Cik TK juga baru saja belajar guna aplikasi ni.

Sepanjang Disember 2021 banyak perkara yang berlaku sebenarnya. Tapi Cik TK akan cerita beberapa perkara saja ya! Salah satunya bulan lepas adalah bulan hari jadi Cik TK. Maka ada masanya Cik TK keluar merayap. Heheee... Nanti la kalau Cik TK rajin Cik TK akan cerita lebih lanjut. Mungkin akan ada entri-entri throwback nanti ya!

Seterusnya Cik TK juga sudah ambil dos booster pada pertengahan bulan Disember lepas. Ada yang tanya macam mana nak dapatkan appointment dos booster ni? Cik TK pun macam... Entahla, tiba-tiba dapat notifikasi pagi-pagi buta dalam MySejahtera mengenai appointment suntikan penggalak ini. Kali ni yang bagusnya dapat lokasi yang dekat dengan rumah, tapi pada masa itu dalam perjalanan agak rasa kerisauan kerana ada jalan yang tutup disebabkan oleh banjir. Cik TK dapat suntikan Pzifer, dan efeknya memang berlainan dari suntikan Sinovac yang Cik TK terima pada waktu dos pertama dan kedua sebelum ini. Efek yang Cik TK rasa ialah mengantuk sepanjang hari, tapi malamnya tak dapat tidur kerana lengan rasa tak selesa. Pusing kanan rasa berat, pusing kiri rasa sakit. Hari kedua pula rasa macam demam, tapi suhu Cik TK pada masa itu masih normal. Nasib baik cuti masa tu. Hari ketiga pula  masuk kerja semula walau masih rasa macam nak demam. Malas nak pergi ambil MC. 😅




Eh terasa macam panjang pula Cik TK membebel. Lain entri Cik TK sambung lagi ya. Sebenarnya tujuan Cik TK tulis entri kali ini ialah Cik TK nak ucap Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua!! Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari sebelumnya. 


Nota: Sebenarnya ada suatu berita duka yang baru saja berlaku pada 1 Januari 2022 yang lalu. Nenek Cik TK meninggal dunia dan telah selamat dikebumikan pada hari yang sama. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk nenek Cik TK.



 

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Selamat tahun baru Cik TK..
    Salam takziah juga atas pemergian nenda tercinta. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dan selamat tahun baru juga buat ily sekeluarga.

      Padam
  2. Salam takziah Cik TK
    Selamat Tahun Baru... Alhamdulillah dah settle booster...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dan selamat tahun baru juga naniey!

      Padam
  3. selamat tahun baru. moga tahun ini lebih baik dr sebelum2 ni. takziah juga for you lost :-( moga arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org yg beriman...aamiin.

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru... saya pun dah ambil booster dose

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. moga kita semua dilindungi dari covid ni...

      Padam
  5. Blog sebagai aktivitti sampingan sahaja.

    ada masa buat dan jiuka tiada masa boleh abaikan begitu sahaja

    BalasPadam
  6. Al-Fatihah untuk arwah nenek.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!