Advertisement

SARAPAN PAGI INI - TAK TAHULAH INI APA

Assalamualaikum dan salam sejahtera!


Setelah  beberapa minggu bekerja di lokasi, hari ini Cik TK kembali berstatus work from home. Tapi tak lama la, dua hari je. Hari ini dan esok. Kenapa? Sebab ada kursus online untuk dua hari ini. Buat dari rumah lebih mudah. Boleh berkursus sambil makan, sambil golek-golek. Eh?? Haha tak ada. Lebih senang nak fokus kalau di rumah sebenarnya. Kalau di lokasi nanti susah nak fokus sebab asyik nampak orang lalu lalang dan mungkin tiba-tiba nak join berborak pula walau pakai headphone. Pendek kata, Cik TK ni mudah distracted.

Entri kali ini ringkas sahaja, Cik TK nak kongsi apa yang Cik TK makan untuk sarapan pagi tadi. Tak tahu nak makan apa sebenarnya, jadi buka freezer nampak prata frozen. Terus terfikir nak jadikan wrap. Tapi tak jadi wrap pun. Entah jadi apa entah. Tapi apa yang penting, burrpppp kenyang! Alhamdulillah.


Sebelum panaskan prata tu, goreng nugget sekejap dalam tiga ketul macam tu. Masa panaskan prata tu, Cik TK letak sekeping keju, lepas tu susun nugget tadi. Letak pula bawang hiris. Agak-agak dah masak tu Cik TK angkat pindahkan ke pinggan. Tuang pula dengan sos blackpepper dan mayonis. Tak lupa juga sos cili sikit. Lepas tu ngap masuk mulut. Fuhhh sedap!!!! Okay lepas ni boleh buat lagi!!!

Macam ni rupa dalam dia

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. tak kisahlah apa kejadian..janji mengenyangkan.

    BalasPadam
  2. reka menu sndiri.. xkisah nama ape.. jnji perot kenyang..
    siap sendawa lg tuuu.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya benar tuuuuu!

      Hehe sendawa itu perlu. Di situ nampak kenikmatannya

      Padam
  3. Sedapnya. Terasa lapar tengok. Tak jadi wrap pun takpe yang penting sedap yum yum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha bila buat sendiri ni memang selalu tak jadi pun rupa dia. Tapi apa pun, yang penting rasa dia

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!