Advertisement

SELESAI DUA DOS VAKSINASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Lebih seminggu Cik TK tak memunculkan diri di sini. Cik TK ada je, cuma entah kenapa penyakit Malas datang, membuatkan Cik TK rasa agak malas kebelakangan ini. Minggu lepas sebenarnya Cik TK ambil cuti seminggu, tapi tak ke mana pun. Fokus bermain saja di rumah. Eh? Haha maksud Cik TK, layan series, layan movie, buat hobi, main eksperimen kat dapur, fokus main dengan anak buah dan sebagainya.

Minggu lepas juga Cik TK sudah lengkapkan dos kedua vaksinasi. Bukan Cik TK sahaja, malah seluruh ahli keluarga Cik TK juga sudah selesai dua dos vaksinasi minggu lepas. Kami semua dapat tarikh dan lokasi berlainan, tapi dalam minggu yang sama. Itu salah satu sebab kenapa Cik TK ambil cuti juga tu. Senang nak standby jadi runner hantar family ke sini dan ke sana.

Sangat comel dia ni!

PENGALAMAN VAKSIN DOS PERTAMA


Cik TK tak sempat nak kongsi pengalaman masa vaksinasi dos pertama sebelum ini. Secara ringkas semuanya berjalan lancar. Cik TK pergi bersama ayah Cik TK. Join walk in untuk warga emas. Sebelum ini ayah Cik TK ni ragu-ragu nak daftar untuk vaksinasi. Beberapa kali juga pujuk, tapi tak berjaya. Kemudian bila dah lama-lama tu tengok dah ramai kena vaksin dan nampak okay, dan kebetulan ada berita mengenai walk in untuk warga emas, ayah Cik TK kata okay nak ikut masa Cik TK pergi.

Masa sampai lokasi vaksinasi, laluan untuk warga emas yang walk in adalah berlainan dari laluan yang harus Cik TK lalu. Tapi keadaan berjalan lancar untuk ayah Cik TK kerana anggota dan petugas di PPV di sana membantu melancarkan semua proses. Untuk Cik TK pula, semasa masuk laluan yang telah ditetapkan, mula-mula sekali mereka yang bertugas menyemak status di MySejahtera, kemudian imbas kod MySejahtera dan suhu sebelum naik tangga untuk ketingkat 5. Fuhh lama tak exercise terus naik tangga banyak-banyak. Ayah Cik TK pula masa tu petugas sana bawa terus naik lif.

Setibanya di tingkat atas, kami semua duduk (tak ramai pun lagi masa tu sebab awal pagi) dan mendengar penerangan dari staf yang bertugas untuk mengisi borang. Di borang tersebut sudah ada angka giliran. Setelah isi borang kami menuju ke stesen berikutnya. Di sana petugas menyemak IC dan meminta untuk scan QR kod yang ada di meja dan ada juga beberapa soalan yang ditanyakan. Kemudian ke stesen seterusnya berjumpa doktor yang mana doktor bertanya mengenai sejarah kesihatan dan sebagainya. Setelah selesai, terus ke ruangan vaksinasi yang mana Cik TK baru sahaja duduk tak sampai 5 minit sudah dipanggil masuk untuk terima suntikan vaksin. Kemudian tunggu 15 minit baru boleh keluar. 

Oleh kerana Cik TK yang siap terlebih dahulu, maka sambil menunggu ayah Cik TK pula Cik TK sempat ambil gambar sekeliling dulu. Ini pemandangan yang dilihat di pintu keluar.

Kelihatan tenang saja di atas ini, nampak langit, awan dan bukit.
Boleh bergambar di situ juga. Pagi-pagi macam ini tak ramai orang dan tak perlu beratur juga. Booth untuk bergambar juga ada disediakan di pintu sebelum menuju ke bawah/ruangan lif. Juga tak ramai orang dan tak perlu beratur untuk bergambar.
Pemandangan dari atas.
Pemandangan dari atas.
Di PPV sini siap ada swimming pool lagi. Tapi tengok je la ye.

PENGALAMAN VAKSINASI DOS KEDUA

Untuk dos kedua ni, prosedurnya lebih cepat. Sama seperti semasa dos pertama, masuk scan MySejahtera dan imbas suhu. Oh ya, borang yang sebelum ini jangan lupa bawa! Setibanya di atas, diberikan angka giliran dan terus menuju ke stesen pertama yang mana di sana kod QR diatas meja petugas perlu diimbas. Petugas juga menanyakan jika terdapat apa-apa simptom semasa dos pertama dan jika perlu jumpa doktor atau tak. Kemudian Cik TK terus ke ruangan vaksinasi. Kali ini tak sempat duduk, sampai saja terus masuk. Sungguh cepat prosedur kali ini. Oh ya, Untuk dos kali kedua juga Cik TK datang bersama ayah Cik TK. Kali ini ayah Cik TK selesai dahulu dan menunggu Cik TK selesai sambil menikmati sebentar pemandangan di luar.

Baik, itulah dia pengalaman vaksinasi Cik TK. Bagi kesan sampingannya pula, semasa dos pertama hanya rasa lenguh di bahagian lengan yang disuntik, terasa untuk 2-3 hari juga la tapi banyak berkurangan setelah hari ketiga. Untuk dos kedua pula, juga lenguh pada lengan yang disuntik. Sejak vaksinasi kali kedua ini, Cik TK perasan Cik TK kerap tidur awal. Jam 11 macam tu. Tak taulah kalau itu kesan dari vaksin juga. Sebelum itu biasanya jam 2 pagi pun tak mengantuk lagi. Kalau ada yang perasan, kadangkala ada Cik TK tinggalkan jejak di blog korang pagi-pagi buta. Waktu tu tak tidur lagi la tu.

Baiklah sampai sini sahaja dulu entri kali ini. Jumpa lagi entri akan datang. Sebelum itu, nahh ini ada juga Cik TK bergambar di booth bergambar. Ni masa selesai vaksinasi dos kedua.

Ini dia seketul Cik TK yang sentiasa tak tahu nak buat gaya apa semasa bergambar.

Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Wkmsalam
    Tahniah dah lengkap dua dose vaksinasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Sama2 kita semua #LindungDiriLindungSemua

      Padam
  2. Alhamdulillah.. Semoga sihat-sihat sahaja selepas ini.. Saya sudah dos kedua pada 22 Julai lalu.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tahniah Cik TK.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah cik tk cantik pemandangan hijau mata memandang :)

    BalasPadam
  5. alhamdulillah... dah bleh g langkawi ni����

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..dah lengkap. Lega kan..
    Bestnya cik TK, cantik tempat PPV. Frame gambar tu pun comel je.
    Tak buat gaya apa2 tu pun satu gaya jugak kan..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe thanks kak ujie!

      Haha boleh jadi juga tu kan kak..

      Padam
  7. Alhamdulillah...tahniah..semoga kita semua dilindungi...SA x settle lagi...hujung bulan 9 nanti dose kedua...biasa la AstraZeneca memang lambat

    BalasPadam
  8. Bestnya dah settle vaksin. Tempat vaksin tu cantik ye..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah dah lengkap 2 dos.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah Tahniah cik TK lengkap dah dua dos..kak shida bulan 10 nanti..lambertttt lg ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh jauh juga jarak masanya ye kak shida...

      Padam
  11. Syukur Alhamdulillah.
    Moga baik-baik saja. Jom teruskan berdoa semoga Covid-19 cepat-cepat nampak jaan pulang ke kampungnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiinnnn... cepat-cepatla bye bye covid...

      Padam
  12. Alhamdulillah . Tahniah dah settle 2 dose.
    Semoga terus dilindungiNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiinn.. Moga kita semua dijauhkan dari covid ni

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!