Advertisement

SAMBUTAN HARI JADI PERTAMA DHIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti mana tajuk entri kali ini, Cik TK nak share mengenai sambutan hari jadi anak buah Cik TK yang pertama ni. Terasa sekejap betul dia dah berumur setahun. Terasa macam baru je semalam Dhia lahir. Lepas tu tiba-tiba dah pandai merangkak, lepas tu tiba-tiba dah pandai duduk, lepas tu tiba-tiba dah pandai berdiri. Sekarang ni dah pandai berjalan. Gigi pun nampak baru nak tumbuh, ada nampak 2 nak tumbuh kat bawah tu.

"Semoga Dhia terus membesar dengan sihat,
jadi anak yang solehah dan bijak ya!"

Actually sambutan birthday ni jadi bulan lepas sebenarnya, tapi nama pun Cik TK kan, selalu update lambat. Untuk kek birthday, mama dan papa Dhia nak kek Hello Kitty. Dhia pun excited tengok kek Hello Kitty ni. Tapi yang kelakarnya bila beri plushie Hello Kitty kepunyaan mama Dhia, Dhia tak nak main pun. Mama Dhia ni penggemar Hello Kitty sebenarnya. Bukan setakat plushie, handbag, purse, bantal macam-macam ada Hello Kitty.

Tadaaa!!! Kek Hello Kitty!

Kami buat sambutan ringkas sahaja, hanya kami sekeluarga serumah sahaja. Kami buat hidangan lain sedikit untuk makan malam. Buat malam sebab siang ada antara kami yang kerja (sama ada di lokasi kerja ataupun work from home). Biasa hari-hari kami makan nasi dan lauk-pauk, untuk malam sambutan ini kami masak nasi ayam dan lebihkan goreng ayam nak bagi nampak macam best sikit. Parti ayam goreng (bayangkan macam kfc jap)!! Lepas itu ada kek Hello Kitty! Dalamnya kek span coklat. Sedap keknya, tak manis sangat, just nice rasanya!

Tadaaa..! Hidangan untuk sambutan birthday Dhia.

Okay jangan tanya mana sayur. Malam ni saja buat pesta ayam.
Ternak lemak malam ni.

Dari sudut lain pula.

Cik TK tak ada dalam ni sebab Cik TK dibelakang kamera. Hehe...


Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Happy Birthday, Dhia. Moga membesar menjadi anak pintar solehah kebanggaan ibu ayah :)

    BalasPadam
  2. Meriahnya sambutan hari lahir. Makanan pun sedap2 belaka....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekali sekala abam kie.. lagipun ni pertama kali sambut birthday Dhia

      Padam
  3. Selamat hari lahir Dhia.. Semoga menjadi anak yang solehah dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  4. happy birthday Dhia. Semoga sihat2 dan ceria selalu inshaAllah aminn

    BalasPadam
  5. comelnya kek dia!
    happy birthday dhia.. =)

    BalasPadam
  6. Cantiknya kek Hello Kitty tu. Happy Birthday Dhia. Semoga membesar dengan sihat..

    BalasPadam
  7. Happy birthday Dhia. Ayam pun ayamlah, ternak lemak sesekali tak apa juga hihihiii... janji sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kak Amie! Hehe sekali sekala ternak lemak. hehehe

      Padam
    2. thanks kak Amie! Hehe sekali sekala ternak lemak. hehehe

      Padam
  8. Wahhh sedapnya kek tu... Tak manis sangat nice2 je rasa .. 👌👌

    BalasPadam
  9. Happy birthday dhia . Comel kek hello kitty

    BalasPadam
  10. Kiutt nya cake! Alhamdulillah. semoga Dhia jadi anak yang solehah

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!