Advertisement

EKSPERIMEN SEKEJAP BERSAMA ENCIK BROKOLI: RESEPI 2 MENU BROKOLI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam tadi ada dilema sedikit. Persoalan ini selalu dihadapi oleh para ibu dan suri rumah diluar sana. Tapi eh sekejap, Cik TK bukan ibu dan bukan suri rumah! Haha, tepatnya ini persoalan yang seringkali dihadapi oleh mereka yang memasak dirumah. Boleh agak tak apa soalan tu? 

"Lauk apa nak masak malam ni?"

Haha itulah soalannya. Siapa yang selalu buntu nak jawab soalan ini? Jadinya semalam Cik TK buka peti sejuk. Lepas tu buka laci bahagian sayur. Hmm.. banyak brokoli. Masak brokoli je lah. Tapi nak masak apa? Cik TK pun skrol media sosial untuk cari ilham dan mengambil keputusan untuk mencuba 2 hidangan paling mudah. Nasib la ahli famili Cik TK semua kena jadi tukang rasa! Jom semak menu apa di bawah:


BROKOLI MASAK SOS TIRAM


Okay ini simple sahaja. Bersihkan dan potong-potong brokoli macam biasa. Ketepikan dahulu. Dalam kuali, Panaskan sedikit marjerin dan tumis bawang putih yang dicincang-cincang. Kemudian masukkan brokoli dan sedikit sos tiram. Tambah air sikit juga. Kacau-kacau sampai agak-agak dah masak selepas itu angkat.

Haha, sebenarnya Cik TK pun tak tahu apa yang Cik TK buat ini. Tapi dari segi rasa okay, cuma batang dia tu Cik TK rasa kena masak lama sikit. Cik TK tak pernah lagi guna brokoli untuk masak benda lain selain daripada masuk sup atau hidangan berkuah. Jadi kira ini boleh la untuk percubaan pertama.

Tak banyak buat, tapi lambat habis.
Agak kurang digemari berbanding menu dibawah yang laju betul habis!


BATANG BROKOLI GORENG TEPUNG


Hidangan kedua pula brokoli goreng tepung. Dengar macam biasa je kan goreng tepung, tapi ini Cik TK guna batang dia. Yeppp, batang brokoli yang tebal keras tu! Sebab ada Cik TK tengok video dia masak batang brokoli ni, makan macam makan fries! Sebab itu Cik TK tertarik nak cuba buat!

Caranya sama saja seperti buat hidangan goreng tepung yang biasa, Sediakan brokoli, potong ikut cara apa yang kita nak. Part batangnya pula, potong panjang-panjang. Rendam sekejap dalam air garam, kemudian salutkan dengan bancuhan tepung serbaguna dan goreng dalam minyak panas.

Serius memang macam makan fries! Boleh makan sebagai lauk bersama nasi, atau makan macam itu sahaja! Korang boleh cuba! Selama ini Cik TK buang je batang brokoli. Lepas ini boleh guna semua bahagian brokoli ini sepenuhnya! Ke kami je yang tak tahu batang brokoli ni boleh makan?

Ini Cik TK makan dengan nasi!

Buat sekali banyak walau untuk percubaan pertama.
Nasib baik laju je habis sebab sedap!

Nota: Kenapa tajuk entri kali ini Cik TK letak Encik Brokoli? Kenapa Encik? Tahu tak apa yang Cik TK bayangkan bila kadangkala bila tengok brokoli ni? Cik TK pernah bayangkan orang (lelaki) guna brokoli untuk letak/cucuk cincin di tengah rimbunan kehijauan brokoli itu untuk melamar. Pernah jugakan ceritakan hasil imaginasi ini kepada kawan-kawan, berdekah diorang. Hahaha!



Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. bila di goreng laju je ye habis, brokoli jarang betul akak beli... bila tengok ni teringin pulak masak tiram gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh try tu kak dana.. brokoli ni sedap juga masak cara apa pun

      Padam
  2. Wah... akak tak penah try lagi guna sos tiram.. nanti boleh la cuba jugak masak cara gitu..

    BalasPadam
  3. soalan plng susah nk jwb sejak lockdown ni.. nk masak ape.. haha

    brokoli sedap! msk ape pon sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha kannn.. soalan ni memang susah nak jawab!

      Padam
  4. Biasanya buat brokoli dgn tofu masak tiram.. lama dah tak buat..

    BalasPadam
  5. rare 2 menu cik TK..pandai cik TK masak haaa :)

    BalasPadam
  6. Kalau digoreng mungkin bertambah sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. selera kami semua lebih kepada jenis goreng

      Padam
  7. Laju jew habis kalau goreng salut tepung kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannnn kalau masak apa pun salut tepung semuanya lajuuuuuuuuu

      Padam
  8. Lagi sedap dibuat goreng tepung. Mungkin sebab rangup dan boleh jadikan kudapan gitu. Rajin bereksperiment makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, jadi hidangan goreng tepung lebih digemari.

      hehe~ Cik TK selalu rasa nak mencuba saja.

      Padam
  9. Dua2 bestt! Brocolli celup tepung bestari yang pedas tu perghhh nesti terangkat hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe lepas ni nak cuba tepung bestari yang rasa bawang putih pula. Mesti sedap!

      Padam
  10. Tu dia imagination dia.. apapun sedap2 tu menu brokoli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe brokoli memang sedap!!! Boleh buat macam2 kan!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!