Advertisement

RANDOM: TEDDY DAN PENGARUH MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Masuk hari ini Cik TK dah lost count dah berapa hari duduk dirumah dan berada dalam status WFH (work from home). Rasa macam dah lama sungguh tidak berada dilokasi operation. Nanti masa masuk lokasi balik sudah tentu akan rasa janggal dan lupa itu ini seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Pernah tu masa mula masuk balik, Cik TK boleh lupa suis di mana, siap tanya orang sebelah lagi. Tu masa selepas PKP yang pertama. 😅 Adakah sejarah bakal berulang?

Lama tak hadap ini

TEDDY


Siapa yang perasan story IG Cik TK sebelum ini mesti terperasan gambar ini. Hehe ni masa Dhia (anak buah Cik TK) meragam tak nak pakai pampers. Maka kita buat geng dia pakai sekali. Baru la ok. Tapi serius kelakar. Haha rasanya kalau Dhia dah besar nanti tunjuk kat dia mesti dia gelak ni. Hehe~

Haha comel la pula kan?

PENGARUH MEDIA SOSIAL


Sebagai seketul Cik TK yang selalu skrol IG dan TikTok untuk tengok content mengenai makanan, maka sebagai insan yang lemah ini memang Cik TK tidak terlepas dari dugaan rasa ingin mencuba dan suka meniru apa yang Cik TK tengok. 

Contoh seperti yang pertama ini. Sebenarnya ini adalah Mi Sedaap Goreng Korean Spicy Chicken. Goreng ya. Tapi Cik TK jadikan dia berkuah. Konon macam nak buat ala-ala ramyeon gitu kan... Untuk ini, Cik TK gunakan susu jadi kuahnya ada rasa lemak dan juga guna sekeping keju jadi ada rasa cheezy sikit macam tu. Sedap juga rasanya buat macam ini. Tapi seperti biasa, pakai kepedasan tahap 1 saja lah. 😅

Cik TK guna yang ini
Ini hasilnya. Rasa slight cheese dengan sedikit rasa pedas berlemak.
Ada sosej dan filamen ketam juga Cik TK tambahkan.
Jemput makan!

Untuk yang kedua ini dahsyat sikit. Cik TK tengok ini di TikTok. Hehe, Cik TK baru sahaja install TikTok. Saja meneroka ada apa dalam tu. Banyak juga benda menarik, bergantung apa yang kita nak tengok. Setakat ini Cik TK banyak tengok masak2, tips-tips photografi dan sebagainya. Dan baru-baru ini Cik TK try ini, di post TikTok ini.
@zihao_food

#ramenhacks #sgfoodie #sgfood #ramen

♬ original sound - おたく


Terus Cik TK cuba buat macam dalam video tu. Pecahkan telur sebiji, kacau bersama mayonis dan juga bawang putih. Lupa nak letak perencah megi, pergi masak megi macam biasa pula.Bila dah masak tu, tengah mendidih tu terus tuangkan ke telur yang sudah dikacau dengan mayonis dan bawang putih tadi. Satu lagi, Cik TK tambahkan cheese sekeping! Rasa dia? Sedap juga!! Rasa macam berlemak sikit, ada rasa cheese sikit. Rasa kari sikit. Mungkin ada yang akan kata telur tu mentah. Tapi ini konsepnya sama macam teh telur yang Cik TK pernah cuba sebelum ini. Air teh yang direbus dituang ke telur dalam cawan. Jadi Cik TK berani cuba.

Inilah rupanya, dengan keju sekeping.
Ini pula setelah Cik TK gaulkan semuanya. 


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Ramen hack tu nampak sedap. Samalah, saya bila tengok orang masak tu masak ni di blog rasa nak try jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sama la!!! Cik TK pun suka try itu try ini!

      Padam
  2. bab makanan kalau tengok org buat kita pun rasa nak follow jugakkk... comel je teddy tu pkai pampers hahaha

    BalasPadam
  3. Comelnya si Teddy berpampers :)
    Okey, sekarang jadi teringin nak makan ramen...

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan mi segera Korea apa² jenama pun.. mi kari tetap pilihan hati.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau guna megi kari pun Cik TK masih akan try jadikan menu lain! Oh yeay!!!

      Padam
  5. Amboii. Meggi tuuu nampak menarik. Takot malam nty nak masak ni kang. Hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe bole bole.. lagi kalau tengah hujan-hujan, lagi syok kalau nak makan megi!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!