Advertisement

PISANG REBUS UNTUK SARAPAN DAN MINUM PETANG SERTA CARA MEMBUATNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pisang adalah sejenis buah yang banyak khasiatnya. Selain sedap dimakan begitu sahaja, pisang juga ada banyak cara makannya. Selalunya kita jumpa pisang yang dimasak menjadi pisang goreng dan juga cekodok pisang yang enak dinikmati pada waktu sarapan dan minum petang. Selain itu ianya juga selalu dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut seperti pengat pisang, kek pisang dan banana split. Terdapat banyak lagi hidangan daripada pisang yang Cik TK tak sebutkan tadi. Bolehlah korang semua cuba explore apa lagi menu yang kita boleh hasilkan dengan pisang. 

Untuk entri hari ini, Cik TK nak share menu minum petang kami tadi iaitu pisang rebus. Kebetulan pisang dah berbuah. Maka sebahagian dah selamat jadi cekodok pisang, dah selamat masuk ke perut pun. Sebahagian lagi mungkin bakal jadi goreng pisang. Dan sebahagian lagi, yang Cik TK nak kongsikan ini, iaitu pisang rebus. 
Rebuskan pisang dengan air dan sedikit garam
Angkat dan toskan bagi kering

Korang pernah makan pisang rebus? Cik TK sendiri pun dah lama tak makan pisang rebus ni. Nak buatnya senang sahaja. Seperti gambar di atas, rebuskan sehingga lembut pisang dengan air dan sedikit garam. Kemudian angkat dan toskan bagi kering. Sedia dihidang. Mudah bukan? Untuk sarapan boleh, untuk minum petang pun boleh. 

Pisang rebus yang telah ditoskan tadi sedia untuk disantap
Macam inilah rupa isinya
Okay bukan main lagi Cik TK makan pisang rebus pakai chopstick!
Sebenarnya petang tadi lupa nak ambil gambar, maka masa nak dinner ni baru teringat maka sebab itu ada makaroni goreng terung ni sekali! Sebelum ini pernah Cik TK buat makaroni karbonara salted egg bersama terung. Mungkin ada yang kata peliknya Cik TK letak terung, tapi serius sedap!


Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. First time tahu pisang pun boleh direbus. Nice sharing Cik TK! Nanti saya cuba :D

    BalasPadam
  2. Masa kecik n remaja selalu mkn pisang rebus esp pd musim tengkujuh ...

    BalasPadam
  3. Nampak sedap je.. Saya biasa buat pisang letak sedikit gula dan masukkan dalam microwave sebentar.. Sedap juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh boleh juga ya macam tu.. nanti ada pisang lagi Cik TK try!

      Padam
  4. memang sedappp,pisang nangka sedapp rebus ni dan cicah kelapa parut
    arwah tok dulu selalu sediakan cam ni utk sarapan atau mkn bila petang he hee

    BalasPadam
  5. Kita pun pestime tau pisang rebus.. Klu ubi rebus slalu gak la makan hehe

    BalasPadam
  6. x tau blh rebus pisang, sedap ya? Tapi akak yakin dgn kesedapan makaroni karbonara salted egg bersama terung. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sedap juga. Boleh la try nanti. Hehe makaroni tu memang sedapp!!

      Padam
  7. sedap pula makan pisang rebus selalu tengok orang goreng..hehe

    BalasPadam
  8. Kalau dulu2 rebus pisang ni gunakan pisang yang belum masak
    Biasanya pisang nipah/kepuk
    Makan dengan kelapa muda parut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo guna yang belum masak pun boleh ye wak? Baru tau

      Padam
  9. Tak pernah makan pisang rebus lagi. Rare juga tu macaroni goreng terung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try nanti tu kak fiza!

      Hehe sedap juga tambah terung. Masakkan lama sikit. Lagi nice!

      Padam
  10. xpenah mkn pisang rebus... selalu beli trs ngap je😊

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!