Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar hujung minggu korang semua? Hari itu dalam entri mengenai mengisi masa lapang Cik TK ada mentioned yang Cik TK terpengaruh dengan Pinterest. Kali ini Cik TK terpengaruh lagi. Tapi bukan dengan Pinterest, kali ini dari Youtube pula. Terpengaruh apa pula kali ini? Buat ekor kucing. Guna pompom maker. Guna benang kait. Nak tahu caranya? Boleh refer video di bawah ini dulu (boleh tukar kepada webage view jika video tidak kelihatan).
APABILA CIK TK PULA BERAKSI
Sepertimana dalam video berkenaan, Cik TK sediakan dua warna, satu coklat gelap (CG) dan warna coklat terang (CT) Kemudian sediakan juga pompom maker, dawai (tiada dawai seperti dalam video maka guna dawai apa je ada asalkan lembut). Tidak lupa juga kepada gunting dan pistol gam lilin (hot glue gun).
Menggunakan pompom maker, gulungkan secara rata pada kedua-dua belah seperti berikut (jangan lupa gunting dan ikat sebelum tanggalkan pompom maker): CG 80kali (1 unit); CT 25kali dan CG 55kali (4 unit); CT 40kali dan CG 40kali (3 unit); CT 55kali dan CG 25kali (4 unit); CT 80kali (1 unit). Oh ya, ni Cik TK dah siap susun ikut turutan ya!
Mengikut susunan, cucukkan dawai di bahagian tengah pompom. Gamkan antara pompom berkenaan menggunakan gam lilin. Berhati-hati ketika melakukan proses ini kerana hujung pistol gam lilin itu panas. Kunci atau matikan salah satu hujung dawai berkenaan.
Pada ketika ini, ekor kucing itu akan kelihatan bersepah dan berserabut bulunya, maka dikemaskan dengan menggunting benang-benang lebihan pada ekor kucing ini. Hati-hati ketika menggunting ya. Akhir sekali pada hujung satu lagi boleh la digulung untuk digantungkan besi keychain dan sebagainya.
Bila tengok ekor tu, Cik TK tak rasa ianya macam ekor kucing biasa. Rasa macam jadi rimau dahan. Eh, ke macam cheetah? Entah la, tapi lepas itu Cik TK saja google pasal spesis-spesis kucing, nampak hasilnya macam ekor kucing bengal pun ada.
13 Ulasan
Pandainya awak buat ekor kucing.
BalasPadamPagi2 lagi saya singgah membaca di sini.
Jom tukar link blog. TQ
Cik TK saja try try ni KM7 hehe...
PadamBole bole.. thanks
Nampak jugalah seperti ekor kuncil Bengal.. hehe
BalasPadamhaha kann.. ingat mula-mula tak jadi dah.
Padamwahhh comel-comel
BalasPadamthanks kak dana!
Padamkreatif
BalasPadamthanks rabia!
PadamWah..kreatif laaa cik TK. Nadya selalunya tak kreatif 😆
BalasPadamCik TK pun tak kreatif, cuma Cik TK ni suka try benda-benda yang Cik TK tengok
PadamKagum dengan tuan punya tangan! Saya gelar tangan ajaib sebab saya ada tangan tapi tak ada magic hehehehee.
BalasPadamthanks kak amie! Cik TK saja-saja try je ni kak
Padamthanks tiara!
BalasPadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!