Advertisement

TANDA INGATAN DARI SHIDARADZUAN.COM DAN AZHAFIZAH.COM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Apa khabar semua? Hehe.. Seperti mana tajuk, hari itu Cik TK ada terima tanda ingatan dari Kak Shida dan Kak Fiza. Hmm dah berapa minggu dapat baru sempat nak update ye? Alhamdulillah semua selamat sampai, cuma Cik TK yang lambat update. Maaf ya, atas sedikit kekangan berapa lama Cik TK tak dapat nak update blog dan ziarah ke teratak rakan-rakan sekalian.


Sempena GKK dan Giveaway Raya blog ShidaRadzuan.com

Bersempena dengan tersenarai dalam senarai Geng Kuat Komen Jan-Mac 2021, Cik TK terima keychain acrylic dengan nama Cik TK terpampang di permukaannya. Boleh jadi kenangan masa berblogging tu keychain ni. Kemudian, bersempena dengan giveaway raya blog kak Shida, walaupun tak menang, semua peserta terima kad raya limited edition dari kak Shida. Hehe jarang-jarang orang pos kad raya sekarang. Rasa nostalgia bila dapat tengok peti surat dapat kad raya.

Keychain acrylic GKK
Kad raya limited edition dari blog ShidaRadzuan.com

Kepada mereka yang belum mengenali Kak Shida, pemilik kepada blog ShidaRadzuan.com boleh la terus terjah blognya di SINI atau klik saja banner di bawah. Banyak perkongsian yang menarik ada di sana.




Sempena Giveaway Sampul Raya Hipster blog Azhafizah.com

Bersempena dengan penyertaan Cik TK dalam Giveaway Sampul Raya Hipster dari blog kak Fiza, Cik TK terima 5 keping sampul raya hipster sebagai saguhati. Sungguh unik sebab rekaan dan design sampul ini adalah hasil kerja tangan kak Fiza sendiri! Pada Cik TK ianya sangat kreatif! 

Coraknya sangat kreatif dan comel!
Boleh print nama sendiri di bahagian belakang sampul ini. Tapi maaf ya Cik TK censored nama sebab Cik TK guna nama sebenar di sini. Saja teringin nak ada sampul dengan nama sendiri. 
Terasa sayang nak guna juga sebab unik. Cik TK nak simpan buat kenangan.

Kepada mereka yang belum mengenali Kak Fiza, pemilik kepada blog Azhafizah.com boleh la terus terjah blognya di SINI atau tekan banner di bawah. Banyak perkongsian yang menarik ada di sana. Malah jika ada pertanyaan lanjut mengenai sampul hipster ini boleh terus ajukan kepada kak Fiza. 





Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Alhamdulillah..dpt hadiah & kad raya..

    BalasPadam
  2. Seronok dapat tanda ingatan daripada rakan-rakan blogger.

    BalasPadam
  3. wahh, cantikknya sampul duit dari kak fiza tu :)

    yang dari kak shida ponn nadyya ada dapat jugak. best kann ^^

    BalasPadam
  4. Cantikkkkk! Dah lama kan tak dapat kad raya hahaha

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dah sampai :)
    Tahniah cik TK :)
    jgn serik dtg blog kak shida ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kak shida!!! baik kak shida!! Cik TK akan selalu singgah!!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!