Advertisement

THROWBACK APRIL: KE BIG BAD WOLF TROPICANA GARDENS MALL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari tu, pada akhir April 2021 sempat Cik TK singgah ke Big Bad Wolf (BBW) yang diadakan di Tropicana Gardens Mall di Petaling Jaya. Mudah untuk ke lokasi ini, hanya menggunakan MRT dan turun di stesen MRT Surian. Mall ini betul-betul di sebelah MRT ini. Pertama kali Cik TK sampai ke Tropicana Gardens Mall ini. Kalau tak silap, baru lagi mall ni. Dibuka tahun lepas. 

Lama Cik TK tak cuci mata tengok buku, sebelum ini ada juga beli buku semasa sale BBW online. Tapi pengalamannya tidak sama seperti memilih buku secara fizikal. Jadi seperti biasa, Cik TK tak nak bebel banyak, kita biarkan gambar yang menceritakan semuanya.

Tadaaa! Lama tak nampak benda ni!!! Selalu jumpa masa event BBW!
Ada banner sejak dari pintu masuk, maka senang nak cari lokasinya.
Comel tengok wolfie ni pakai mask! Masa masuk ke sini, seperti biasa kena scan Kod QR MySejahtera dan cek suhu.
Pintu masuknya
Banyak troli disediakan di sini
Masa Cik TK pergi tu, tengah tak ramai orang. Tapi pasal syiok sangat cuci mata, Cik TK lupa nak snap gambar sekeliling. Haihhhh~
Ini tangkapan Cik TK masa itu. Tak banyak, tapi bolehla kan... Sebahagian adalah untuk Dhia, anak buah Cik TK yang umurnya akan menjadi 1 tahun tak lama lagi. Cik TK nak beri dia pendedahan dengan buku dari usia muda.

Masa sangat mencemburui Cik TK waktu itu. Mana tak nya, Cik TK singgah ke sana selepas habis waktu kerja. Dan dengan waktu itu masih di bulan Ramadan, maka sampai waktu, Cik TK pun mencari tempat untuk berbuka puasa.

Nota: Maaf ya kebelakangan ini macam selalu saja Cik TK up entri throwback. Alkisahnya tak sempat nak update sebelum ini. Lagipun sekarang kita sedang ber-PKP tak dapat nak jalan-jalan, maka marilah kita ber-throwback banyak-banyak.



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. masih belum berkesempatan nak ke pesta buku. tapi mujurlah kedai buku cuma 1km dari rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah bestnya kedai buku dekat dengan rumah!!!

      Padam
  2. Bestnya. Akak dah bertahun tak pergi BBW. Betul... beli buku onlina tak sama feel dengan belek buku fizikal :)

    BalasPadam
  3. Alamak Kai duduk kat PJ tapi terlepas pulak ada BBW 😭 Kai selalu pergi yang kt The Mines tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita.. dulu ada beberapa kali pergi yang dekat the mines tu. sejak pendemik ni, dah sangat lama tak singgah the mines walaupun tak jauh sangat dari rumah

      Padam
  4. banyak jugak beli tuuu. rambang jugak aritu pegi sana.. tp semuaaa untuk buku anak jela.hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe buku budak banyak kannn.. kalau Dhia (anak buah Cik TK) ni dah besar sikit boleh beli banyak2 buku untuk dia

      Padam
  5. Haritu pergi first time ingatkan pesta buku macam macam rupanya buku english semuanya hahahaha, keciwaaa hati kita >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah banyak buku inggeris. ada juga buku berbahasa melayu tapi tak banyak

      Padam
  6. Ada lagi jualan begini, ingatkan pkp takde.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!