Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nota: Entri ini ada banyak gambar.
![]() |
Salah satu species tumbuhan berbunga yang dijumpai di Secret Garden ini. Menarik bukan? Tapi Cik TK lupa nak snap namanya. |
Selain daripada kisah throwback entri lalu ke PJ Collectors Market, ada satu lagi kisah throwback yang Cik TK nak kongsi dengan korang semua. Pada pertengahan Mac 2021 yang lalu, Cik TK berjumpa dengan sahabat yang sudah lama Cik TK tak jumpa. Kami sangat akrab semasa berada dalam zaman study. Jadinya banyak mengimbau kembali kenangan dan nostalgia masa dulu. Lokasi yang kami pilih untuk berjumpa ini menarik kerana ada banyak tumbuhan flora yang boleh didapati di sini. Jadi kiranya kami ni sambil-sambil cuci mata la.
Bertempat dibumbung (rooftop) 1Utama Shopping Mall (Petaling Jaya, Selangor), 35 meter dari aras tanah dan mempunyai keluasan 30,000 kaki persegi. Taman yang diberikan nama Secret Garden ini menempatkan pelbagai spesis yang juga menarik dan eksotik. Untuk pengetahuan korang, Secret Garden ini dibuka hanya pada hujung minggu dan public holiday dari 10 pagi hingga 10 malam, masuk adalah percuma. Untuk ke 1Utama kalau menggunakan pengangkutan awam juga sangat mudah, turun saja di MRT Bandar Utama dan jalan kaki kira-kira 5 minit mengikut laluan yang telah disediakan.
Baiklah, tanpa Cik TK bercerita panjang lebar lagi, apa kata kita biarkan saja gambar-gambar di bawah yang bercerita. Oh ya! Sila klik gambar jika perlukan tumbesaran ya!
![]() |
Di pintu masuk ada buku risalah yang mengandungi peta taman dan maklumat sebahagian spesis yang ada |
![]() |
Terdapat nama spesis pada tumbuhan, maka kita dapat belajar sesuatu yang baru! |
![]() |
Ini salah satu spesis heliconia yang boleh dijumpai |
![]() |
Nampak cantik je bunga putih ini kan? |
![]() |
Terdapat juga kolam dengan bunga teratai |
![]() |
Ini ialah Victoria Amazonica (Giant Amazon Water Lily), spesis bunga teratai terbesar di dunia. |
![]() |
Salah satu spesis teratai yang ada di sini |
![]() |
Kalau perasan, di belakangnya ada beberapa spesis kaktus yang boleh didapati di sini |
![]() |
Putik teratai. Eh, putikkah namanya? |
![]() |
Juga salah satu spesis teratai yang boleh dijumpai di sini |
![]() |
Butiran air pada permukaan daun teratai. |
![]() |
Air terjun juga ada di sini |
![]() |
Ini adalah Hydrangea. First impression Cik TK bila tengok Hydrangea, terus teringat anime Sankarea sebab banyak bunga ini muncul dalam anime itu |
![]() |
Dwarf sharp tongue. Rasa unik tengok rupanya. |
![]() |
Salah satu spesis heliconia. Cantik bunganya warna pink. |
![]() |
Juga sejenis heliconia. Di sini ada banyak spesis heliconia yang menarik untuk korang semua tengok. |
![]() |
Tumbuhan ini pun sangat unik. Sebab warna permukaan dan bawah daunnya berlainan |
Ada banyak lagi sebenarnya tapi kalau nak kongsi semua tu rasanya entri yang sudah panjang ini akan menjadi lebih panjang. Jadi baik Cik TK stop dulu. Selain Secret Garden ini, terdapat juga kolam dan air terjun di tingkat bawah. Lokasi ini dipanggil Rainforest yang mana ianya menempatkan kolam ikan koi, jambatan gantung dan pelbagai spesis tumbuhan disekitar kawasan ini.
![]() |
Dari sini boleh lihat air terjun yang turun dari tingkat atas ke tingkat bawah menuju ke kolam ikan koi |
![]() |
Kolam ikan koi |
![]() |
Salah satu laluan yang mempunyai pelbagai spesis tumbuhan disekelilingnya |
14 Ulasan
wahhhh cantiknya semua bunga tuh,,....
BalasPadamkan kak...
PadamBestnyaaa dikelilingi kehijauannn. Tenang je rasanya.
BalasPadamtenang saja tengok tumbuhan
PadamWah, cantik lah tempat ni!!😍
BalasPadamada kesempatan boleh la cuci mata kat sini
PadamCantik betul bunga² kat situ...
BalasPadambetul! nice tu kak shikin!
PadamWah,keindahan alam..mesti tenang je kan? 😁
BalasPadamtenang tengok pelbagai tumbuhan ada di sini
Padampandai cik TK ambik gambar2 bungaaa
BalasPadamthanks atie!!
PadamMenariknya flora secret garden. Teruja tengok daun teratai yang besar tu. tak pernah tengok in real lagi.
BalasPadamInsyaAllah nanti one time dapat tengok tu kak fiza...
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!