Advertisement

THROWBACK: BERKUNJUNG KE PJ COLLECTORS MARKET

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Amaran: Entri kali ini ada banyak gambar.

Kali ini Cik TK buat entri throwback. Kenapa throwback? Dah sebulan lepas actually Cik TK ke sana, baru sekarang nak update. Sebelum ini Cik TK ada update entri mengenai salah satu hasil tangkapan di Collectors Market ini DI ENTRI INI tapi tak menyempat pula nak tulis lebih lanjut.

Kalau tak silap, Cik TK dapat tahu mengenai event sebegini sejak tahun 2019. Tetapi pada masa itu tidak berkesempatan untuk pergi. Kali ini, bila dapat tahu mengenai event ini terus Cik TK tak lepaskan peluang. Sudah lama Cik TK tidak pergi ke mana-mana event dan ini adalah yang pertama yang Cik TK pergi setelah sekian lamanya, dengan norma baru. Scan kod QR MySejahtera, pakai pelitup muka sepanjang masa dan sebagainya mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Para collectors boleh jumpa macam-macam di sini
Pertama kali sampai ke Jaya One ini

PJ Collectors Market ini diadakan pada 27-28 Mac 2021 yang lalu bertempat di The School by Jaya One, Petaling Jaya. Pertama kali Cik TK datang ke sini. Jarang-jarang Cik TK sampai ke kawasan Petaling Jaya ni walaupun tak jauh sangat dari tempat kerja Cik TK ni. Collectors Market ini adalah lokasi bagi para pengumpul/collectors datang mencuci mata dan mencari pelbagai jenis barangan untuk dijadikan koleksi. Antara barangan yang boleh didapati di sini ialah barangan antik dan vintage, figura anime dan lain-lain merchandise, komik dan majalah, barangan berkaitan muzik (seperti piring hitam) dan pelbagai jenis memorabilia.

Baiklah Cik TK tak mahu cerita banyak. Biar gambar-gambar saja yang menceritakan semuanya.

Di booth ini ada pelbagai poster dan figura
Kelihatan pelbagai figura dan barangan lain (seperti topi dan keychain) daripada Transformers, Star Wars, Avengers, DC dan Ghostbusters.
Ini pula booth barangan antik. Ada tin lama, pinggan mangkuk lama, figura kolonel KFC, dan sebagainya.
Ada piring hitam dan kaset juga.
Booth ini pula boleh jumpa kepala Alien dari filem Aliens vs Predator. Mereka ini buat movie prop.
Boleh singgah IG mereka di SINI kalau nak tahu lebih lanjut.
Jumpa watak-watak dari Gundam Seed (Lacus Clyne, Kira Yamato dan Athrun Zala) tapi salah angle pula la ambil gambar 😅 
Ini Gundam yang Cik TK kurang pasti dari siri yang mana.
Di sini ada tshirt Dennou Keisatsu Cybercop dan Space Sheriff Gavan. Bakal ada Kamen Rider Black juga.
Ada pelbagai figura dan barangan lain juga seperti tabung tabung, yoyo dan plushie di sini.
Belt dan senjata Kamen Rider juga ada
Peminat Dragon Ball mesti suka tengok ini kan?
Pelbagai figura, plushie dan barangan lain
Di sini pula ada stiker, CD, plushie, dan pelbagai merchandise lain. Di sini Cik TK terjumpa CD band yang Cik TK minat iaitu UVERworld. Setakat ini belum pernah lagi Cik TK jumpa di mana-mana
Hehe siapa tak kenal dengan kereta legend ini kan?
Pada mulanya Cik TK tak cam ini apa. Rupanya AT-AT (AII Terrain Armored Transport) walker dari STAR WARS. Cik TK bukan peminat Star Wars maka tak cam ini apa.

Fuhh.. Rasa macam dah panjang sangat entri gambar ini. Cik TK tak beli banyak barang pun, lebih kepada cuci mata. Hasil tangkapan Cik TK ialah Kisah Itachi (dalam bentuk novel bahasa melayu), setem Jepun, stiker anime dan satu unit enamel pin saja. Cik TK datang ke sini dengan Encik L. Hasil tangkapannya lebih banyak tapi Cik TK kongsikan satu saja seperti dalam gambar di bawah. Selepas puas kami cuci mata, kami pergi makan dulu sebelum berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Ini salah satu hasil tangkapan Cik TK. Sangat unik kerana ianya novel berbahasa melayu.
Ini adalah salah satu tangkapan. Cantik kan detail figura ni, tapi ini bukan Cik TK punya. Ini Encik L punya. Dia peminat Kamen Rider Black. Kalau jumpa watak-watak dari Ao no Exorcist atau Saiyuki ke Cik TK dah dapatkan untuk jadi koleksi.
Layan nasi ayam hainan dulu sebelum balik. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Kereta legend kereta mr bean kan! Comel la keretanya hahahaha

    BalasPadam
  2. Dulu sy selalu pg dekat amcorp mall setiap hari ahad mmg best tgk collection2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ada ye di sana? Menarik tu, kalau ada peluang boleh Cik TK pergi sana pula

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!