Advertisement

PENTINGNYA KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Komunikasi sangat penting untuk kehidupan seharian kita. Tidak kira dalam keluarga, dikalangan kawan-kawan, di antara pasangan, ditempat kerja atau organisasi, bahkan juga disekolah. Komunikasi ini penting dalam penyampaian maklumat dan arahan supaya jelas dan difahami. Contohnya apabila ada info baru, jelaskan dengan terperinci supaya orang faham apa yang perlu difahami dan apa yang perlu dilakukan. Jangan anggap semua orang boleh auto-faham apabila ianya tidak dijelaskan. Hal-hal seperti salah komunikasi (miscommunication) atau salah faham boleh berlaku sekiranya komunikasi itu tidak jelas.

Komunikasi juga bertindak sebagai suatu medium untuk meluahkan perasaan. Seperti mana yang kita ketahui komunikasi bukanlah hanya dalam bentuk lisan dan penulisan, bahkan ianya juga boleh disampaikan melalui gerak geri tubuh, hasil karya seni seperti lukisan dan muzik. Oleh itu dari bahasa tubuh seseorang juga kita boleh agak yang dia gembira atau bosan atau marah. Itu cuma salah satu contoh yang kita boleh lihat dari riak wajahnya, cara percakapannya dan juga gerak geri tubuhnya. 

Maka sekiranya ada masalah maka cuba untuk share masalah itu dengan sesiapa yang boleh dipercayai. Jangan pendam dan bukan bertindak atau berkelakuan mengikut perasaan berhari-hari sampai orang lain pun jadi terasa. Kadang orang boleh baca lenggok bahasa tubuh melalui cara pandang, cara bercakap, tingkah laku dan sebagainya yang menunjukkan seseorang itu seperti ada masalah dengan orang lain. Oleh itu, cuba berhadapan (face to face) berbincang untuk selesaikan masalah ini dan jangan sampai orang lain itu mula tawar hati. Betul. Lama-lama nanti orang boleh tawar hati. Lagi-lagi jika ianya berlaku berulang kali. Bila orang sudah mula tawar hati dengan seseorang maka suatu hari mungkin dia sudah tidak peduli lagi. 


Selain itu komunikasi juga penting dalam memperbaiki dan mengeratkan hubungan sesama kita. Melalui komunikasi, kita dapat memahami keadaan persekitaran dan juga orang sekeliling kita. Dari sini pemahaman yang baik antara manusia terjadi dan mewujudkan hubungan yang baik walaupun terdapat perbezaan budaya dan agama. Dalam erti kata lain, mengeratkan silaturrahim sesama kita. Sifat saling menghormati dan menghargai juga dapat terbentuk.

Jika ada salah faham yang berlaku kita cuba perbaiki dengan berkomunikasi. Cuba bincang elok-elok dan cari kata sepakat untuk cari penyelesaian. Ini tidak kiralah dalam hubungan suami isteri, anak-beranak, dengan kawan-kawan, rakan sekerja, sesama jiran dan sebagainya. Memang kadangkala sukar untuk dilakukan, tapi sampai bila harus bermasam muka atau bertikam lidah apabila berjumpa atau saling mengelak untuk berjumpa?



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Betul tu Cik TK. Komunikasi tu penting, jangan semua pakat senyap taknak komunikasi.
    Nanti makin melarat masalahnya kannn kalau tak dibetulkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Moga dengan cara berkomunikasi ini masalah dapat diselesaikan...

      Padam
  2. Yea betul tue..Melalui komunikasi lah segala masalah yang kusut dapat diselesaikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bincangkan masalah ini face to face. Moga dapat cari jalan penyelesaian terbaik

      Padam
  3. Betul tuu cik TK.. apa pon keadaan kena brkomunikasi gak 😁

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!