Advertisement

MENCUBA GOLDEN SALTED EGG PEYEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ini hari Isnin. Jadi Cik TK nak tulis entri santai saja. Sesuatu yang menarik untuk penggemar rasa salted egg atau telur masin. Malam tadi Cik TK cuba KrupKrapMy Golden Salted Egg Peyek ni. Serius sedap! Rempeyek ini menggunakan kacang dhal, rangup, saiznya mudah untuk dimakan (bite-size) dan memang terasa rasa telur masinnya! Rasanya macam ala-ala cheesy salted egg! Oh ya, ini bukan paid review ya!

Ada dua flavour Golden Salted Egg ini. Didatangkan dengan rasa original dan Korean Spicy.

Didatangkan dengan berat 207gm, ada dua rasa: Original dan Korean Spicy. Cik TK cuba dua-dua. Memang layan la sambil tengok tv atau tengok movie. Makan sambil berborak dengan keluarga dan kawan-kawan pun best! Nak makan dengan nasi sebagai lauk pun boleh! Memang sedap!

Untuk yang Korean Spicy tu, tahap kepedasannya korang sendiri yang tentukan. Letak sikit je serbuk cilinya kalau tak nak pedas sangat. Kalau nak pedas, letak lebih lagi. Nak pedas tahap maxima, letak semua! Lepas tabur serbuk cilinya tu, jangan lupa goncangkan bagi rata rasa pedasnya tu.
 
Bite size, rangup dan enak! Yang ini rasa original.
Yang korean spicy ini didatangkan dengan serbuk cilinya. Maka tahap kepedasannya korang sendiri yang kawal! Tuang sebanyak mana korang nak dan goncangkan paket peyek ini!
Ini pula rupa Golden Salted Egg Korean Spicy yang telah disalut serbuk cili tadi.

Harganya untuk yang rasa original ini RM17/paket dan untuk yang Korean Spicy ini RM20/paket.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. belum pernah rasa lagi. selalu tengok kawan setaman jual.

    BalasPadam
  2. belum jumpa lagi... dok layan mr potato

    BalasPadam
  3. Ada pernah nmpak..ok nanti boleh cuba CIk TK..hehee :)

    BalasPadam
  4. Wah macam2 ye sekarang. Nampak macam sedap. Harga pun macam ok juga. suka packaging peyek ni.

    BalasPadam
  5. Nampak menarik.. nak try la nty 😋

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!