Advertisement

MENEROKA BEBERAPA FUNGSI DI GOOGLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam tadi rasa agak kebosanan, maka bermulalah sesi meneroka apa saja yang boleh diteroka di internet ini. Sekejap di Youtube, sekejap di Instagram, sekejap di Twitter dan akhirnya tiba-tiba terjadi seperti di bawah ini. Jom kita sama-sama explore, mana tahu ada yang berguna untuk kalian...


1. EARTH DAY QUIZ

Taip saja 'earth day quiz' di ruangan search dan muncullah kuiznya. Saja-saja main saja ni. Ada 6 soalan kalau tak silap, jawab sahaja jawapan yang melambangkan diri kalian. Selesai menjawab, akan keluar haiwan yang melambangkan diri anda!

Jawab sahaja beberapa soalan yang melambangkan kalian

Cik TK tahulah memang Cik TK ni suka makan, tapi tak la sampai jadi komodo dragon ya!




2. SPINNER

Bila Cik TK jumpa spinner ni kan, teringat Roda Impian. Ingat tak Roda Impian? Siapa ingat tu maksudnya dah tak muda tu! Boleh guna fungsi Spinner ini untuk main game ke atau boleh guna untuk memilih pemenang (yang melibatkan ramai peserta, tapi spinner ini boleh sampai nombor 20 sahaja) juga selain daripada menggunakan Number Generator atau Random.org


Inilah rupanya spinner tu. Tekan je SPIN tu. Kalau nak tengok fidget pusing-pusing, tekan saja fidget.
Di sini ada setting untuk tukar bilangan nombor, tapi sampai 20 sahaja.



3. FLIP A COIN

Kadangkala, ada sesetengah orang yang baling syiling untuk buat keputusan. Jadi, flip a coin ini memberikan fungsi yang sama. Konsepnya sama, masih ada kepala dan ekor. Tekan saja flip dan temgok kena kepala atau ekor.




4. METRONOME

Alat ini biasanya digunakan oleh orang yang menggunakan alat muzik untuk berlatih tempo dan beat muzik. Kelajuannya juga boleh diubah mengikut penggunaan masing-masing. 




5. ROLL A DIE

'Die' di sini bukan bermaksud mati ya! 'Die' is a singular form of 'dice'. So main dadu sebenarnya ini. Dalam fungsi ini, boleh gunakan satu atau lebih dadu yang mempunyai pelbagai jenis bilangan muka (sehingga 20). Boleh digunakan untuk bermain permainan dan sebagainya!

Yang ini adalah salah satu contoh, yang warna ungu itu sehingga nombor 8 dan yang merah sehingga 12, maka jumlah paling besar boleh didapati ialah 20.



Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Balasan
    1. Hehe kena rajinkan diri untuk teroka MY. Mana tau jumpa benda menarik nanti...

      Padam
  2. rajin nya dia selongkar google ye...
    bagus2 gak share kat sini.. pasni kalau bosan2 boleh layan quiz tu ehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe waktu kebosanan datang jadi rajin nak selongkar untuk meneroka sesuatu yang baru

      Padam
  3. Rajinnya Cik TK godek pakcik google hahaha. Tapi rindu lah roda impian tu. Best and syok tengok orang duk pusing pusing menang hadiah hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kenangan sekolah rendah ni roda impian

      Padam
  4. baru saya tahu . terima kasih perkongsiannya :)

    BalasPadam
  5. woww baru tau.. boleh la try pasni eheee

    BalasPadam
  6. Akak pernah buat kuiz tu. Kita samalah komodo dragon! :D
    Metronome pernah guna, yang lain tu baru tahu hehehe

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. yup, dan semua maklumat kita cari dekat google kan...

      Padam
  8. Tak pernah try. Tapi yang pasal roda impian tu... Ingat salah satu rancangan yang Fiza suka jugak tengok dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe rata-rata kita tonton roda impian dulu kan..

      Padam
  9. Wah menarik betul! macam2 ada rupanya ^_^
    tak pernah nk explore tu la pasainyeee..aduhai~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kalau tengah bosan ni boleh jumpa macam2 kak...

      Padam
  10. woww.banyak function rupanya.. bru tahu ni.hehe

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!