Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aktiviti hujung minggu kali ini Cik TK layan satu filem Korea bertajuk 'The Closet'. Bukan Cik TK nak buat review tau, tak reti la Cik TK nak review review ni! Lepas ni nak layan anime pula. Amboi, berehat sakan ya hujung minggu dirumah! Hehe, minggu lepas sewaktu hujung minggu Cik TK kerja. Bukan main ramai orang di luar. Masa pergi kerja naik tren, ramai. Lalu mall, pun ramai. So minggu ni hujung minggu cuti, maka rehat dirumah saja. Kepada mereka yang keluar itu, jangan lupa ikut SOP ya!
Filem ini Cik TK layan malam tadi. Genre seram tapi ada Cik TK, ianya tak seram. Tapi jalan ceritanya okay dan tiada jumpscare. Cuma ada suspens sikit. Mungkin sebab dah biasa layan filem seram, jadi pada Cik TK ianya tak seram. Secara ringkas, filem ini mengenai seorang bapa yang berusaha menyelamatkan anaknya (Yi-na) yang di bawa ke alam kegelapan oleh hantu kanak-kanak lain yang mati dibunuh.
Pada mulanya Yi-na yang telah kehilangan ibunya ini hilang di dalam rumahnya sendiri. Merata-rata bapanya mencarinya dan pihak polis juga tidak menemui sebarang petunjuk sehinggalah seorang exorcist yang dapat tahu kes kehilangan Yi-na ini seperti ada persamaan dengan kes kehilangan kanak-kanak yang lain dan datang kerumah bapa Yi-na ini. Kemudiannya bapa Yi-na dan exorcist berkenaan pun bekerjasama mencari tahu apa yang terjadi sebenarnya dan mencari jalan untuk menyelamatkan Yi-na.
Untuk tahu apa pengakhirannya kenalah tengok sendiri filemnya. Cik TK tak nak bagi spoiler. Tapi kan, kesian dengan apa yang terjadi dengan nasib segelintir kanak-kanak yang menderita akibat perbuatan orang dewasa. Baiklah sampai di sini sahaja dulu entri kali ini. Jumpa lagi di entri akan datang!
24 Ulasan
suspen sket citer ni hahaha tgk gak.. ok la not bad ;)
BalasPadamaah suspen sikit. tapi kira ok juga la citernya
Padamhmm apa yg jadi smua cerminan parents kan
BalasPadamwell, ikut apa yang Cik TK faham kira2 mcm tu la kot, sebab hantu kanak2 yang jadi roh jahat tu dibunuh oleh bapanya so dia bawak lari kanak2 lain yang senasib dengannya (kanak2 yang didera secara fizikal atau mental)
PadamBagi saya, not bad cerita ni hehe. Next time tengok The Guest pulak ;)
BalasPadamthe guest ya? nanti Cik TK try tengok
Padamok..nanti nak cari cerita ni.
BalasPadamsila sila MY!
PadamMacam best je movie ni. Ala... Nak jugak tahu unsur suspen dia tu. Hehe..
BalasPadamboleh la layan nanti bila ada masa
PadamTakut la pulak nak tengok cerita ni. Karang terbawa-bawa ke dalam mimpi :)
BalasPadam😅 faham faham... mimpi budak nanti..
PadamMcm best drama ni
BalasPadamfilem ni awak. try la layan kalau ada masa
Padamakak dah tengok filem ini jugak... tapi sebenarnya tengok sebab ada pelakon kim nam gil je hehehe, kira oklah jalan ceritanya cuma geram gelap gelita sangat sampai susah nak nampak, tahu lak cerita seram
BalasPadamoo ada pelakon feveret ya dalam ni.. Tengok nama dia baru perasan. yang berlakon dalam Bad Guy tu kan?
PadamTajuk macam dah pernah tengok tapi dah tak ingat sangat kisahnya
BalasPadamOo boleh tengok lagi ni kalau ada masa. Hehe
PadamMacam menarik CIk TK boleh tgk nnt :)
BalasPadamSilaaa silaaa kak shida!!
Padamx berani wak nk tgk filem seram camni.. huhuhu
BalasPadamfaham wak, sebab tak semua layan cerita seram....
Padammcm menarik la cite niii
BalasPadamboleh la layan tu cik nadya
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!