Assalamualaikum dan salam sejahtera!!
Saja Cik TK nak share dengan kalian. Beberapa hari yang lalu, kebetulan masa survey-survey (tatabahasa ke mana ni?) barang keperluan di Shopee ternampak la ini. 8 SEN DEALS. Meaning setiap barang yang tersenarai dalam section itu berharga 8 sen sahaja. Cik TK ni bukan jenis terjebak dengan benda-benda sale ni, jadi kurang alert juga bila ada deals yang macam ni. Lagipun, buka platform shopping online sebegini pun hanya bila ada barang nak cari saja.
Sebelum ini ada juga tonton di Youtube mengenai barangan 11 sen (masa sale 11.11), barangan 12 sen (masa sale 12.12) dan sebagainya. Kali ini alang-alang tengah nak beli barang, dan dah ternampak ini maka saja-sajalah Cik TK intai-intai ada apa di dalam itu. Barang apa sahaja yang bernilai 8 sen itu. Oh ya! Sebelum itu, jangan lupa baca terms and condition. Untuk 8 sen deals kali ini, walaupun percuma penghantaran, kalian hanya boleh checkout guna ShopeePay sahaja dan terhad hanya untuk 1 unit barang sahaja. Satu lagi, ikut pengalaman Cik TK ini, barang ini tak boleh Add to cart. Kena terus Checkout. Jadi pilih betul-betul dulu apa yang kalian mahu.
Jadinya Cik TK pun survey dan survey dan tengok dan tengok dan kemudian Cik TK buat keputusan untuk beli stiker (barangan alat tulis/stationery). Tanpa membuang masa terus redeem coin sekali dan checkout. Maka untuk item ini sebenarnya Cik TK hanya bayar RM 0.06 sahaja. Yup, 6 sen sahaja. Harap sampailah dengan selamat, jauh dari Tanah Besar China ke rumah Cik TK yang terletak di Malaysia ini.
Tak sangka juga ya, dari penghantaran dari China ini mengambil masa seminggu saja. Boleh rujuk pada gambar di atas. Order 25/1, seller hantar pada hari yang sama. Tiba di tangan Cik TK pada 31/1. Dan rupanya, stiker tu bersaiz lebih besar dari yang Cik TK bayangkan dan ianya sangat comel!!! Jadinya bolehlah stiker itu jadi macam hiasan-hiasan dalam buku atau di mana-mana. Memang itu tujuan asalnya. Ok, next kalau ada lagi deals yang macam ini, bolehlah Cik TK intai-intai lagi. Oh ya! Cik TK tak pasti berapa kali ada deals sebegini. Tapi menurut gambar pertama di permulaan entri ini ada mentioned, 8 sen deals yang seterusnya adalah pada 2 Februari. Kalau berkesempatan, try la intai-intai. Mana tau, kot-kot nanti ada benda yang berkenan dihati kan....
Lupa nak snap gambar masa barang baru sampai. Laju je terus buka tengok isi di dalam. |
Stiker yang sangat comel. Hai la landak! |
25 Ulasan
masih available ke skg kat shopee? boleh intai2 tgk ape ader..8sen murah sgt pastu free shipping..perghh! menarik! cik TK comel betul sticker tu..kalau beli nk buh katne eh..^_^
BalasPadamAda tarikh2 dia kak shida. Next 2/2.
PadamMacam stiker tu actually Cik TK nak bubuh dalam buku, atau kat mana2 yang perlu.
8 sen 8 sen ni la yg end up akan buat kita jadi 100rm hahahaha
BalasPadamHaha tak juga atie. Sebab limited 1 item per user saja ni atie. I don't know before this macam mana sebab jarang beli barang online juga sebenarnya, but kali ini limited to 1 item saja.
PadamTak pernah shopping kat shoppe walaupun ada je apps dia kat hp :)
BalasPadamLagi selesa beli barang tengok sendiri kan..
Padamwahhh omel jugak tuh...
BalasPadamLandak omeelll!!
PadamWahh berbaloi sangat 6 sen tu diterbangkan dari jauh. Pantas dorang buat kerja.
BalasPadamBetul! Laju, bedesupppp!!
PadamBoleh try juga ni haha
BalasPadamLepas yang 2/2, tak tahu bila lagi diorang buat.
PadamOk sangat dapat sticker comel tu harga 8 sen. Free postage, lepas tu ada discount count. Nice sharing Cik TK :)
BalasPadamHehe.. dan ini first time pula beli dari luar negara. boleh tahan laju juga penghantarannya!
PadamWah, berbaloi-baloi! Cantik dan besar pula tu.
BalasPadamkannn.. boleh guna untuk macam2! letak dalam jurnal pun comel!
PadamYes, tepek dalam jurnal cantik nih!
PadamBuat kad atau bookmark pun comel. Geram tengok aihhh
PadamNice idea! Tapi.. Huhuu tak reti buat kad atau bookmark comel2....
Padamakak lama dh x bukak shopee... hehehe
BalasPadamOh ye ke? Cik TK pula buka untuk cari barang sebab tak nak keluar banyak kali.. huhuhu.. kadang dah keluar, then terlupa nak beli barang itu. So, online je la. Tapi time pkp dan perayaan macam ini lambat sikit la kot tu sampainya kakmim.
Padamtak pernah beli lg brg2 dr china takut tak sampai atau rosak.
BalasPadamFIL kerap beli brg dr China. mesti sampai elok tp rosak
Yang ini pertama kali try. Selepas yang ni ada lagi beli barang dari China, tapi bukan barang 8 sen lagi la. Harap sampai dengan selamat.
PadamBerbaloi 6 sen je. hehe..akak nak stop dulu shopping kat shopee sbb J&T tgh problem. dh try kurier lain, slowww...tapi dlm nk stop tu, scroll jugak shopee. haha..
BalasPadamSlow pun tak apa kak, biar lambat asal selamat barangnya.
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!