Advertisement

RANDOM: BIKIN ROTI LAGI, KISAH AIR DAN DINNER SPECIAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Moga semua masih ber-PKP dengan ceria dan bersemangat! Okay, kita terus ke entri hari ini. Entri random. Haha nampak sangat tak ada idea kan? Jadi kita gunakan gambar-gambar dalam phone sebagai modal untuk dijadikan entri. 


RANDOM 1: BIKIN ROTI LAGI

Sekali sekala bila mama tiba-tiba ajak buat roti, kita join saja. Untuk makan-makan sendiri. Kebelakangan ini mama suka try-try buat roti. Terpengaruh dengan group-group di facebook kalau tak silap. Jadinya anak-anak pun join sekali buat roti lagi walaupun cuma jadi tukang uli. Yang di bawah ini (gambar pertama) kita try letak sosej pula dan yang bulat tu inti kacang merah. Rupanya lepas letak sosej tu pun doh tu naik dan sosej tu pun jadi naik ke atas macam tu. Lain dari expectation Cik TK.


Untuk kali yang seterusnya, kejadian ini selepas seminggu kalau tak silap. Buat lagi roti. Kali ini try yang sosej tu sekali lagi. Nak tengok hasilnya sama atau tidak seperti yang lepas. Kali ini kami biarkan doh tu kembang dulu, baru letak sosej. Barulah rupa dia tak buncit sangat seperti yang sebelum ini.

Untuk 2 ketul Cik TK try buat rupa braided. Lepas tu konon nak buat macam rasa roti garlic gitu. Tapi kurang rasa pula. Nanti ada masa bila buat lagi nak try balik. Adjust cara lain pula.


RANDOM 2: AIR BADAK DAN LONGAN KURMA MERAH 

Betul-betul sebelum bermula PKP 2.0 hari tu, masa hari-hari terakhir kerja la ni kan. Kebetulan pergi beli barang, rakan sekerja kirim air badak tu. Yang untuk sejukkan badan tu kan... Lepas tu terjumpa ni. Ada air badak jenama Three Legs ni yang berperisa laici. Pertama kali jumpa. Tapi tak tahulah apa rasanya. Tapi kawan kata rasanya ada rasa laici. Okay.


Beralih kepada air minuman yang kedua. Eh terselit anak buah di situ. Hehe... Okay balik ke subtopik asal. Marigold rasa longan dan kurma merah. Cik TK tak pernah rasa kurma merah. Jadi tak pasti supposed rasanya macam mana. Adakah sama macam rasa kurma biasa? Cik TK pun tak tahu. Tapi minuman ini mula-mula rasa macam... rasa apa ni? Tak tahu nak describe macam mana. Tapi lepas beberapa kali hirup, rasa okay la. Boleh diterima oleh tekak ini. Lagi-lagi yang sejuk. 


RANDOM 3: DINNER SPECIAL SEKALI SEKALA

Ini actually masa Cik TK hari jadi bulan lepas. Cik TK pun tak update kejadian hari jadi Cik TK masa itu kan... Tapi yang penting, semua ahli keluarga ada dirumah masa itu untuk meraikannya. Untuk makan malam pada masa itu, kami makan hidangan yang lain dari kebiasaannya. Biasanya nasi putih dan lauk.

Malam itu Cik TK rasa nak nasi goreng. Jadinya kami masak nasi goreng putih shittake dan dihidang bersama 2 ekor ayam panggang yang adik beli (untuk kami bertujuh ya masa itu, belum kira dengan baby Dhia sebab dia belum start makan makanan pejal. Belum tumbuh gigi lagi budak tu). Selain itu ada telur mata, sup kosong dan keropok ikan. Hehe.. Meriah!



Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Cantik kejadian roti sosej dia... akak buat xhd je.. semua makanan sdp2 la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kena perbaiki lagi ni kak Dana. Kak Dana punya roti pun menjadi tu. Nampak best! Gebu!

      Padam
  2. selalu juga kena minum air badak ni, sbb badan i panas huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Cik TK tak pernah pula minum air badak. Jadi tak pasti macam mana rasanya

      Padam
    2. tak rasa apa pun.. mcm air biasa je

      Padam
  3. Bestnya pandai meroti. macam macam jenis roti boleh buat. Air badak perisa laici. menarik! Lama tak minum air badak. rasa macam dah pupus air badak ni. sekali keluar perisa laici.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong tolong gitu je kak Fiza. hehe.. pastu jadi tukang kacau try buat benda selain dari dalam resepi!

      Hehe masih ada air badak ni kak Fiza. Ada juga nampak di fasmasi, di watson...

      Padam
    2. hihi..membantu pun pandai gak tu belajar.

      oh ya? jarang ke farmasi tu yang tak tahu tu. thanks for info :)

      Padam
  4. Meroti ya. Gebus. Nikmat kalau dapat makan hangat-hangat roti tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PC. Yang fresh dari oven ni yang paling sedap!

      Padam
  5. Pandainya cik TK meroti..kak shida teringin nk belajar..tp malangnya malas lg byk dr rajin..haihhh aduhai ^_^ btw happy belated befday cik tk <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak baru belajar je ni kak shida... Nanti kak shida ada masa boleh la try2 buat..

      Hehe thanks kak shida!!

      Padam
  6. Sedap roti2 tu.. memang best makan. kalau badan panas lebih suka minum air kelapa dan soya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah air kelapa sejuk bestnya rasa.. terasa terus kat tekak ni!

      Padam
    2. ya.. lg bagus dr minum air dr botol atau tin sbb dh tak fresh dan ada campuran gula

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!