Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bermula hari ini Cik TK akan mula bekerja kembali seperti biasa. Sudah tidak berstatus work from home. Jadi mungkin akan kurang update entri (yang sememangnya tak selalu update sangat pun) dan mungkin akan kurang blogwalking. Apapun, Cik TK tetap akan cuba cari masa untuk singgah blog kawan-kawan semua!
Untuk hari ini, Cik TK nak cerita kisah-kisah random saja. Entri santai sikit. Taip pun sambil dengar podcast Nessie Judge di Spotify. Dengar cerita thiller sambil taip entri makanan. 😅 Sila jangan tiru adegan ini ya! Takut nanti entri makanan jadi gaya thriller pula!
Random 1: Popia
Beberapa hari yang lalu kami bercadang untuk membuat popia. Mama buka fridge, okay kulit popia ada. Ada dua bungkus, bolehlah. Tapi taklah buat dua bungkus, cadangnya nak buat sebungkus. Untuk part isi, Cik TK terus sediakan bahan-bahannya. Memang ambil bahan-bahan pun random saja. Main ambil saja lobak merah, kentang, fishcake dan sosej. Terus semua potong-potong, hiris-hiris jadi panjang-panjang. Gambar bahan tersusun cantik lupa nak ambil. Excited sangat nak main bungkus-bungkus popia kan.
Kemudian isi tadi tu dimasak goreng sekali dengan sohun. Jadilah macam dalam gambar di bawah ini.
Inilah inti popianya. Sohun, kentang, sosej, lobak merah dan fishcake. Sedap! |
Kemudian, setelah intinya siap makan bermulalah adegan bungkus membungkus inti dengan kulit popia. Oh ya! Kadang orang pun letak bihun kan! Suka rasanya! Yang letak inti carbonara pun sedap, sardin pun sedap! Wahhh, Cik TK nak memang makan je lah kerja kau kan?
Okay kita sambung. Selepas main bungkus-bungkus semua selesai, semua disimpan dalam bekas yang kemudiannya disimpan dalam peti sejuk. Kenapa tak goreng terus? Sebenarnya ini untuk sarapan hari esoknya sebenarnya. Penuh satu bekas tu sebenarnya. Untuk dua kali goreng, dua kali sarapan.
Nak mula sesi bungkus membungkus |
Masuk bekas semua yang dah siap! |
Sarapan jom! |
Random 2: Pisang Goreng
Macam mana cara kalian semua makan pisang goreng? Cik TK jenis tak cerewet. Semua cara Cik TK layan. Pisang goreng dengan banyak serdak (eh serdak ye namanya yang serpihan-serpihan tu?), cicah sos atau sambal kicap atau yang letak cheese dan coklat mahupun yang biasa saja. Cik TK layan saja semua. Waktu sarapan atau minum petang memang syiok makan pisang goreng dengan minum teh o panas. Nyummy!
Layan sambil tengok drama. Sekejap je licin! |
Random 3: Udon
Terakhir kali ke pasaraya beberapa hari yang lepas tiba-tiba teringin nak udon. Maka belilah udon yang sepaket ada 3 unit dalamnya tu kan dan masak ikut selera sendiri dirumah. Ikut selera sendiri maka, ikut la tekak sendiri masa itu terasa nak apa.
Yang kelakarnya masa ini Cik TK rasa nak makan udon, rasa nak tomyam putih juga. Maka jadilah hasilnya udon bersama kuah tomyam putih! Pakai je paste tomyam putih adabi tu. Senang sikit.
Lepas itu, jadilah hasilnya hidangan rasa melayu campur jepun. Letak filamen ketam sikit dan juga tambah sosej sikit. Boleh tahan juga. Sedap!!! Lepas ni boleh buat lagi.
Inilah dia udon berkuahkan tomyam putih. |
Jemput makan uolls!! |
24 Ulasan
Sedapnya nampak goreng pisang tu. Selamat WFO kembali 😊
BalasPadamHehe seronok tapi kan.. tak dapat nak bersiaran kalau dari tempat kerja.
PadamSemua sedap Cik TK, saya paling suka popia goreng banyak isi macam nih.
BalasPadamYeay kita geng!!! Cik TK pun suka yang macam ni!!!
PadamBanyak serdak seronok makan tu pisang goreng..nikmat.
BalasPadamBetul!! Memang best kan!
Padamudon tak kena dgn selera i .. dont know why ! jenis mee dia kot tak sedap sngt dgn my tekak
BalasPadamOh macam itu ke? Mungkin atie tak jumpa lagi yang sedap kot.
Padamnampak sedap popia bihun tu.. x penah lg mkn yg inti bihun..kakmim suka inti minced beef + kentang.. hehe
BalasPadamWah!! Minced beef ngan kentang pun sedap!! Teringin pula tiba-tiba!
Padamsedapnya... semua akak suka macam-macam ada
BalasPadamNyummy semua best kan kak!!
Padamnampak sedap XD. btw salam perkenalan, done follow #514. jemput ke blog saya ya https://iburafa17.blogspot.com/
BalasPadamSalam kenal juga!! Thanks sudi singgah dan follow. Nanti Cik TK pula ke sana ya!
Padamsemuanya sedap tu, Cik TK. Bertuahlah bakal en suami nanti sbb dpt makan best2 sokmo...
BalasPadamBakal makin berisi bakal suami macam ni. Heheheee 😅
PadamSebut popia..teringat kuih feveret waktu bulan puasa 😁
BalasPadamJuadah berbuka kegemaran ramai ni!
PadamAduih sedapnya nampak popia goreng turrr..🤤
BalasPadamNyummy!!! Memang sedap!
Padamsemua sedap2
BalasPadamSemua best2!
Padamsemua menyelerakan cik TK..yummiesss :p
BalasPadamHehe tiba2 rasa nak popia carbonara. Hehehhehe
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!