Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam entri random kali ini. Apabila tiada idea nak tulis apa maka kita cerita random gambar-gambar dari phone saja. Kita tumpu pada makanan hari ini. Sila baca entri ini dalam keadaan kenyang ya!
1. Nasi Ayam
Alkisahnya baru beli ayam pagi itu, baru saja siap dibersihkan dan diasing-asingkan (Cik TK suka asingkan bahagian dada ayam, terus potong dadu untuk masakan lain selain sup dan gulai). Jadi ketika nak simpan ayam berkenaan ke dalam peti sejuk, mama tanya "malam ini nak makan apa?". Dan Cik TK selamba reply, "nasi ayam jom!". Mama pun berkata, "apa lagi anakku, dipersilakan... hehe". Adoii!
Maka dengan itu, berkungfu-lah Cik TK dibelakang dan terhasillah menu malam ini iaitu nasi ayam!
Ada nasi, sup ayam, sambal, kicap, timun dan ayam goreng semestinya! Kalau tak bukan nasi ayam namanya kan? |
2. Percubaan ber-bomboloni
Alkisah ingin mencuba untuk membuat bomboloni tapi tidak minat membuat kerja-kerja bakeri. Pertama sekali untuk membuat rotinya sudah tentu kena uli tepung menjadi doh kan? Maka setelah sekian lama sejak kisah 'roti canai biskut' (rasanya lain kali sajalah Cik TK cerita kisah ini) Cik TK membuat comeback menguli doh setelah beberapa tahun.
Tadaaa! Hasil menguli tepung. |
Boleh tahan juga ya adegan mengulinya. Terasa macam berkarate pula. Kemudian tu tunggu doh naik dan bulatkan kecil-kecil. Kemudian digoreng, diangkat dan ditos, kemudian setelah sejuk tu buat lubang untuk masukkan inti. Dan entah kenapalah rupa dia jadi macam ini?
Haih~ Sesungguhnya tangan ini kekurangan bakat seni untuk menghasilkan rupa bomboloni yang cantik dan menawan. Tapi nasib baiklah rasa dia sedap! Ini inti dia ada yang coklat dan ada bluberi. Nasiblah siapa dapat rasa apa sebab warna macam hampir sama saja.
Jangan pandang rupanya sebelah mata |
3. Megi Itik Telur Sosej
Tatkala bosan makan nasi dan malas masak, marilah kita makan megi. Okay megi itu tak semestinya Maggi. Tapi hakikatnya rata-rata orang Malaysia panggil mi segera itu megi. Tidak kira jenama apa pun. Cintan ke, Rusky ke, Indomie ke, Mie Sedaap ke semuanya kita panggil megi. Betul tak?
Dalam gambar di bawah ini yang terlibat adalah Mamee Itik. Paling favourite letak telur yang kuningnya separuh masak macam ini (makan dengan telur putih dulu, akhir sekali baru pecahkan kuning makan dengan supnya). Dan ini ada tersesat sosej masuk dalam periuk tadi!
19 Ulasan
tak pernah rasa lagi Mamee itik, baru first time dgr.. nak rasa la nmpk sedap
BalasPadamJenama Mamee ni perisa itik ni yang Cik TK paling suka, ada peluang nanti try la Atie
Padamnanti nak try beli tgk
PadamLengkap menu nasi ayamnya tu. Hirisan timun tu nampak sedap sangat. Lama tak jumpa jenis timun begini. Rangupkan. Selalu hanya dapat beli timun yang biji besar tu.
BalasPadamYang ni Cik TK guna timun jepun atau japanese kyuri kak Amie. Kami biasa beli yang ini, sebab rasa macam lagi sedap. Lepas tu kulit dia tu dikupas. Jadilah begitu.
PadamLama tak masak nasi ayam.
BalasPadamHehe sekali sekala nanti PC boleh la masak nasi ayam...
PadamLapor terus masuk sini adeiii... tiberr teringin makan maggi laaa
BalasPadamJom makan megi!!!
PadamWaah ada nasi kuning Cik, sedapp.
BalasPadamSaya biasa makan nasi kuning, apabila orang ada acara :D
Oh hidangan special ya nasi kuning itu. Saya kurang tahu soal nasi kuning di Indonesia mas. Saya ada google kalau nasi kuning itu dimasak dengan santan juga, sama kayak membuat nasi lemak caranya.
PadamKalau nasi ayam ini, nasinya ini dimasak nggak pake santan, tapi pake air rebusan ayam, salah satu cara masaknya saya sertakan di sini ya mas >> https://tetikusmerah.blogspot.com/2013/09/resepi-nasi-ayam.html
sy pun suka telur cair macam tu dan makan bhg kuning yg cair tu akhir sekali. kalau ada yg cuba2 pecahkan telur tu, mmg nahas laa.. hahaha
BalasPadamWahh sama la kita!! kita geng! Kalau terpecah kuning tu boleh ngamuk tuuu.. hehee
PadamSedap2 semuanya..megi itik xprnh try..
BalasPadamHehe nanti ada peluang boleh try
PadamWahh nasi ayam, ayam goreng. Bomboloni tak menarik takpe, janji sedap. Tak dapat beza inti sebab warna lebih kurang kan gelap. Meggi itik rare. Tak pernah nampak pulak.
BalasPadamHehe ada megi itik keluaran mamee.
PadamHaha tu la tengok bomboloni macam.. apakah rupa ini.. nasib rasanya okay.. pasal inti tu.. nasib je la siapa dapat coklat siapa dapat blueberi.
sedapnya nasi ayam..lama shida xmsk nasi ayam..rasanya nk masak lah ahri jumaat :)
BalasPadamPandai cik TK masak..suka tgk..
Hehe kalau kat rumah ni penggemar nasi ayam ramai.. bila dah mula berbunyi nak nasi ayam, apa lagi.. bernasi ayam la kita.. jimat sikit. Siap boleh tambah2 lagi kalau buat sendiri
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!