Sabtu, 31 Oktober 2020

AKTIVITI HUJUNG MINGGU: MARATHONING ANIME

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu kali ini Cik TK banyak bersantai menghabiskan masa dengan ber-marathon anime. Dah lama juga Cik TK tidak menonton anime, lagi-lagi anime yang bersiri.  Biasa tengok versi movie sahaja sebab kebelakangan ini rasa malas untuk menonton yang bersiri. Drama juga Cik TK jarang tonton kebelakangan ini.

Jadi untuk kali ini Cik TK menonton di Youtube saja. Di chanel Muse Malaysia. Muse Malaysia merupakan salah satu servis penstriman anime rasmi bersari kata bahasa melayu (sari kata bahasa inggeris juga ada) di negara kita.

Sejak semalam sempat juga Cik TK layan Servamp (12 episod) dan juga movie Servamp: Alice in the Garden. Esok pula dah rancang nak layan School Babysitters (12 episod). Nampak menarik!

Cik TK juga mula menonton anime Noblesse dan Kuma Kuma Kuma Bear tapi rupanya baru ada beberapa episod pada saat entri ini ditulis. Tak sabar tunggu sambungan seterusnya!

Servamp

Servamp: Alice in the Garden

School Babysitter

Noblesse

Kuma Kuma Kuma Bear


12 ulasan:

  1. Kuma Kuma Kuma Bear tu cute..selamat menonton..akk pun marathon jg..drama cina 48 ep...huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah memang cute! Cute dan kuat..! Hehe... Wah banyak juga 48 episod. Selamat menonton!

      Padam
  2. school baby sitter tu nampak menarik..tapi jap.. nak tgk fruit basket dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe aah memang menarik. Tengok la nanti.. πŸ˜† uiii fruit basket!! Dulu2 suka tengok!

      Padam
  3. Kata org kalau tgk "katun", jiwa budak2.. ahhh, pedulikan kata org tu..btw sya pun peminat animeπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…, Muse ni platform yg baik tgk anime secara halal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha betul! Well, 'kartun' ni bukan budak2 je tengok, orang dewasa pun layan juga! Kawan2 Cik TK pun ada je yang minat anime! Hehhee

      Padam
  4. Seronok juga layan anime ni kan πŸ˜€

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi kalau jenis genre yang kita minat dan jalan cerita yang best! Lagi seronok!!!

      Padam
  5. wahh sekali ada peluang terus marathon ye. hihi. bila lagi kan marathon :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sekali sekala fiza.. jarang2 ada peluang...

      Padam
  6. Marathon tu.. puas hari kan

    BalasPadam

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat kalian di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!

TAG / KATEGORI / LABEL

aneka mi dan pasta (11) Anime (10) asmr (1) ayam (5) bahasa Jepun (2) belajar (12) blogger (12) canva (1) cendawan (5) cinta (20) cover (4) eksperimentasi makanan (48) facebook (1) fakta menarik (49) flora/fauna (26) fotografi (7) GA (19) gitar (2) grafik (2) hadiah (3) hobi (17) ibubapa (2) ikan (4) ilmiah (12) info IT/tutorial (28) insomnia (3) instagram (1) Islamik (5) jalan-jalan (14) Jepun/Korea (47) jimat (1) kalimba (2) kesihatan (2) kraf (7) kreatif (13) Kucing (8) kudapan (14) kuih muih (3) lauk pauk (15) Lirik (18) Luahan (3) makan-makan (53) media sosial (2) melancong (5) membaca (5) mengait (4) merapu (31) mercu tanda / landmark (3) Minuman (2) muzik (21) perayaan (5) peringatan (2) personal (154) phobia (2) resepi (31) santapan rohani (3) sayur (1) Segmen (43) Shopee (2) shopping (4) snapseed (1) sotong (1) Takeru Sato (3) telur (5) template (5) throwback (4) tidur (3) tips dan panduan (2) travel (6) udang (2) ukulele (3) vokal (13) watermark (1) wayang (1) western (3) wishlist (3) youtube (18)