Advertisement

TIPS KEPERLUAN BERCUTI DI PULAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

tips bercuti di pulau

Seronok bukan bila fikirkan  laut yang biru, bersih nampak ikan malahan penyu berenang, kelihatan karang didasar laut... Kemudian duduk ditepi pantai, memerhati ombak lembut yang singgah dipantai... Cantik dan indah sekali kan!

Dalam Malaysia ni banyak lokasi menarik untuk bercuti di pulau contohnya seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan macam-macam lagi. Itu baru Cik TK sebut nama-nama pulau di Terengganu, belum lagi negeri-negeri lain. Pelbagai aktiviti menarik juga yang boleh dilakukan seperti snorkeling, banana boat dan lain-lain lagi. 

Kebelakangan ini Cik TK tengok ramai yang update story dan status di media sosial mengenai bercuti dan berjalan-jalan. Yang Cik TK perhatikan banyak yang bercuti ke pantai dan pulau terutamanya. Sudah pastinya menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila telah membuat persediaan lengkap.

Jadi, apa sahaja yang diperlukan? Jom kita sama-sama tengok list di bawah ini:


PENTING BAGI YANG INGIN BERCUTI DI PULAU


Pakaian dan kasut/sandal yang sesuai


Dari segi pakaian, seeloknya bawalah baju yang jenisnya ringan dan cepat kering. Contohnya macam jenis jersey. Juga rancang dan bawa pakaian yang perlu sahaja. Tak perlu bawa banyak-banyak sangat. Takut nanti buat berat beg saja sebab tak pakai.

Untuk kasut pula, seeloknya para wanita dan gadis diluar sana janganlah gatal nak pakai heels. Sangatlah tidak sesuai. Pakailah selipar, sandal atau kasut pantai  yang tak licin supaya mudah untuk berjalan-jalan terutama dikawasan pasir dan berair.


Beg kalis air / Casing kalis air


Seeloknya sediakan beg kalis air atau drybeg juga untuk membawa barang-barang penting seperti handphone dan kamera. Casing telefon kalis air pun perlu juga terutama jika nak ambil gambar di kawasan berair.


Beg jenis backpack


Untuk memudahkan pergerakan, disarankan untuk menggunakan backpack atau beg sandang berbanding luggage. Sebabnya nak bawa jalan jauh, naik turun bot dan berjalan di pantai. Macam tak sesuai nak seret beg beroda dekat atas pasir kan.


Sunscreen / Sunblock


Cuaca di pulau itu secara kebiasaannya panas dan biasanya di pulau kita semua akan berjemur di bawah matahari kebanyakan masanya. Maka untuk menjaga kulit kita semua dari terkena sunburn, maka pakailah sunscreen atau sunblock.


Duit cash secukupnya


Di pulau kebiasaannya tidak disediakan mesin ATM. Jadi, seelok-eloknya kalian sediakan cash yang mencukupi sebagai persediaan. Mana tau ada emergency ke nanti nak kena pakai cash. 


Toiletries


Daripada apa yang Cik TK dengar, tak semua tempat penginapan sediakan kemudahan toiletries. Jadi seeloknya prepare siap-siap bawa toiletries kalian sendiri. Mana tahu tidak disediakan, kalut pula nanti nak mencari sabun apa semua. Sekurang-kurangnya bawa yang travel kit punya.






Remark: Kepada yang nak bercuti tu, bercuti tu bercuti juga. Keselamatan dan penjagaan diri jangan lupa lagi-lagi pada masa sekarang ni kita masih belum bebas dari Covid19.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. thanks. dah lama mengidam nak ke Pulau Perhentian tp x juga tercapai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah satu hari nanti abam kie akan dapat ke sana

      Padam
  2. sunscreen mmg penting klu tanak mukaaaaaa sakit akibat melupas ... huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann... Kawan2 Cik TK pun pesan.. jangan lupa sunscreen bila pergi pulau nanti

      Padam
  3. bagus cik TK..sangat2 berguna tips..kesemua adalah tepat belaka..
    tp hal yg bawa baju lebih2 tu mmg prgai shida
    sbb takut xckp baju pdhal hahaha tak terusik pn bajunya..bawa blk...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha itu biasa shida.. Cik TK pun sama.. kot kot emergency baju basah sebab hujan ke apa, kotor sebab jatuh ke apa.. them kita masih ada spare!

      Padam
  4. Last ke pulau tahun 2015.. rindu nak bersnorkeling bagai

    BalasPadam
  5. Good sharing.. mmg betul list tu

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!