Advertisement

HOBI: KARAOKE SEBAGAI HIBURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa di sini suka berkaraoke? Cik TK rasa ada ramai juga yang suka berkaraoke. Sekurang-kurangnya, kalau tidak berkaraoke kerana segan menyanyi ditempat umum pun, sudah pasti ramai yang suka menyanyi tidak kira dirumah, ditandas dan didapur. Betul tak? Satu lagi, sekarang ini pun sudah menjadi trend juga orang menyanyi lagu cover di Youtube, Smule dan sebagainya.

Asal usul perkataan Karaoke

Karaoke ini asalnya adalah dari perkataan bahasa Jepun カラオケ (ditulis dalam tulisan katakana kerana berasal dari bahasa asing, dibaca sebagai ka-ra-o-ke). 'Kara' itu bermaksud kosong dan 'oke' itu asalnya daripada perkataan 'orkestra'. 

Karaoke adalah satu bentuk hiburan yang mana orang bernyanyi mengikut teks lirik pada layar/skrin dan diringi muzik. Di pusat hiburan karaoke di Malaysia, bukan hanya ada disediakan lagu-lagu dalam bahasa rasmi Malaysia iaitu bahasa Melayu. Malah ada bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Jepun dan bahasa Korea. 


Karaoke sebagai satu hobi dan hiburan


karaoke sebagai hobi

Sesiapa yang ada tengok story IG Cik TK mesti perasan sesekali Cik TK up story Cik TK pergi karaoke, atau bahasa pasarnya 'karok'. Disebabkan Cik TK sendiri suka menyanyi (biasanya seorang diri dalam kereta semasa memandu), Cik TK suka join kawan-kawan pergi karaoke. Pantang bila diajak. Jika tiada aral melintang, laju saja jawab ya!

Bagi yang mengenali Cik TK, mereka pasti tahu Cik TK meminati J-pop. Apa itu J-pop? Pendek kata, lagu-lagu dalam bahasa Jepun dengan genre yang agak luas. Boleh rujuk sini kalau nak tahu lebih lanjut mengenai J-pop. Tapi walaupun Cik TK suka layan lagu Jepun dan jarang dengar lagu lain, jangan ingat Cik TK tidak tahu lagu-lagu bahasa lain ya! Mana yang Cik TK rasa best semua Cik TK layan!

Antara yang biasa Cik TK guna untuk karaoke adalah seperti di bawah. Tapi bukanlah lagu-lagu ini sahaja sepanjang masa, ikut mood juga. Pendek kata ini adalah senarai kegemaran Cik TK. Macam mana pula dengan kalian semua?

    • Aku Yang Tersakiti - Judika
    • Always Coming Back - One OK Rock
    • Berhenti Berharap - Sheila on 7
    • Best Friend - Kiroro
    • Cinta Karna Cinta - Judika
    • Coba - Faizal Tahir
    • Dragon Night - Sekai no Owari
    • Heartache - One OK Rock
    • History Maker - Dean Fujioka
    • Karna Ku Cinta Kau - Bunga Citra Lestari
    • Kekasih Gelapku - Ungu
    • Kenangan Terindah - Samsons
    • Matahariku - Agnez Mo
    • Mirai e (未来へ) - Kiroro
    • Sampai Syurga - Faizal Tahir
    • Sebuah Rasa - Agnez Mo
    • Setengah Mati Merindu - Judika
    • Situasi - Bunkface
    • Unravel - TK from Ling Tosite Sigure
    • Wherever You Are - One OK Rock


Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Anak buah PC suka karaoke..mamanya siap belikan mikrofon pink lagi..hehehehe.

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam,Oh Cik ternyata suka karaoke ya, menurutku tidak masalah sih, malah bagus bisa melatih vokal, siapa tahu jadi terkenal dan bisa jadi penyanyi.

    Baru tahu kalo karaoke itu berasal dari bahasa Jepang, makasih Cik infonya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama!!

      Haha nggak kepikiran deh jadi penyanyi itu.. cuman hobi aja.. untuk iseng-iseng dan release tension aja

      Padam
  3. Ya nyanyi dalam hati atau di dapur. Hehe.
    Selamat berkaroake lepaskan tekanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe seronok release tension dengan menyanyi ni. Tak kira di pusat karaoke, di bilik, dapur atau masa drive sorang.

      Padam
  4. karok lagu jiwang paling best xD

    BalasPadam
  5. Bila nyanyi dalam hati rasa suara sangat merdu, bila berakaraoke...garau pulak keluarnya suara saya.... ahaks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha macam expectation vs realiti. Tapi memang ya.. cik tk pun macam tu.. bila pakai earphone dan nyanyi dengar wahh sedapnya.. nyanyi sendiri terus macam.. bunyi apakah ini.. hahaha

      Padam
  6. rindu nya nak berkaraoke, lama betul tak berkaraoke dulu msa bujang rajin jugak la dengan kawan-kawan layan karaoke... akak suka nyanyi lagu rock 90an, jiwa orang lama kan, lagu shiela on 7,sephia tu kira wajib jugak tu

    BalasPadam
  7. my song to go..
    BIDADARI DARI LELA! :)

    BalasPadam
  8. ni kalau dah nyanyi lagu judika confirm pitch tinggi ni..

    ammi last karok adalah 3-4 tahun lepas...tapi kalau karok confirm kene ada lagu Allure & Srikandi Cintaku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tak ada la high pitch juga.. cuma minat lagu ni saja..

      Padam
  9. kiroro mirae lagu paling legend...menggamit memori..Cik TK nnti kite due bole la duet..ngeh3

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-dapat-suprise-box-daripada-anak.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mirai e memang legend. Semua yg minat lagu jepun semestinya dah tau lagu ni..

      Hehe boleh boleh kita duet sama!

      Padam
  10. Oo baru mama tau.. mama ninx reti nak Karoks.. Shara jalan kayak panggil.ujan haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha karok bantai2 saja mama. Bunyi kelaut banyak ni

      Padam
  11. Aduhai cik TK lamanyaa shida x karaoke..dlu ada staf selalu pi karok dgn dia..skg staf pn dah pindah dan berkahwin..rinduuu nk karok..nk ajak en.husben..alamatnya xpayahla hahahaa ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat kat rumah ni shida. pakai mic bluetooth yg pakai speaker skali tu

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!