Advertisement

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-63

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini Cik TK mengambil kesempatan ini untuk join Segmen Giveaway Merdeka oleh blogger otai kita Hasrul Hassan atau lebih dikenali sebagai HH. Maklumat mengenai giveaway ini Cik TK sertakan di akhir entri ini dan entri ini juga Cik TK akan jadikan sticky post sehingga hujung bulan ini. 




Merdeka! Merdeka! Merdeka! 



Apa itu merdeka? Menurut laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, merdeka memberi maksud bebas dari penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya serta berdiri sendiri dan tidak bergantung pada yang lain.



Ini bermaksud, erti kemerdekaan bagi sesebuah negara adalah negara itu bebas dari belenggu penjajah. Seperti Malaysia yang merdeka dan bebas dari  naungan beberapa penjajah sebelum memperoleh kemerdekaan iaitu Portugis, Belanda, Jepun dan British.


Saat ketika Merdeka! dilaungkan

Laungan ‘Merdeka!’ sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada tarikh keramat hari pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 di hadapan ribuan rakyat merupakan detik paling bersejarah iaitu kemerdekaan negara kita yang pertama yang menandakan kita bebas dari belenggu penjajah yang bermula sejak 1511. 



Pada malam sebelumnya iaitu pada 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor bendera Union Jack telah diturunkan sebagai tanda penjajahan British berakhir di Tanah Melayu dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. 

Sejak itu setiap tahun pada 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan agama sama-sama meraikan bulan Ogos dengan pelbagai aktiviti-aktiviti khususnya bertemakan kemerdekaan. Aktiviti dan program ini dimulakan dari bangku sekolah lagi untuk memupuk semangat cinta dan sayangkan bumi tanah air kita ini.



Kemerdekaan Malaysia yang ke-63 

Tahun ini merupakan tahun yang ke-63 negara kita menyambut kemerdekaan. Dan tahun ini juga merupakan satu kelainan di mana kita menyambut kemerdekaan di tengah-tengah keadaan pandemik koronavirus Covid-19. 

Justeru itu, tema kemerdekaan kali ini adalah ‘Malaysia Prihatin’ yang mana ianya selari dengan situasi masa ini dan menggambarkan seluruh rakyat yang bersama-sama bangkit memerangi wabak ini dan keprihatinan kerajaan dalam melakukan pelbagai inisiatif untuk ekonomi dan kebajikan rakyat. Tema ini telah diperkenalkan pada akhir bulan lalu dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Logo kemerdekaan yang ke-63 yang diperkenalkan serentak dengan tema kemerdekaan 2020

Oleh kerana itu juga, pada tahun ini sambutan kemerdekaan pastinya diraikan dengan cara norma baru dengan tujuan untuk mengurangkan perhimpunan beramai-ramai. Maka tahun ini kemerdekaan tidak disambut dengan perarakan dan perbarisan besar-besaran seperti tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun begitu, tanpa mengira bangsa, kaum dan agama kita haruslah sentiasa mengingati dan menghargai jasa pejuang-pejuang dan perajurit negara kita yang telah bersusah-payah membawa negara kita menjadi seperti yang sekarang ini.



Mengenai Giveaway Ini 

Seperti yang dinyatakan diawal entri tadi, segmen Giveaway Merdeka ini dianjurkan oleh blogger Hasrul Hassan (HH).


Untuk menyertai Giveaway ini sangat mudah. Syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

1. Tajuk post: Bebas

2. Isi konten: Mengenai Hari Kebangsaan Malaysia

3. Panjang konten: Perlu lebih dari 300 patah perkataan

4. Syarat: Punyai satu backlink ke post atau blog HH ini dan letakkan gambar banner giveaway ini. Kemudian hantarkan link penyertaan di ruangan komen entri giveaway blog HH ini.

Bermaksud syarat utama untuk sertai giveaway ini adalah kalian harus mempunyai blog untuk menulis entri ini. Untuk mereka yang tiada blog bolehlah memberikan sokongan dengan kongsi giveaway ini di media sosial kalian. 

Hadiahnya adalah RM100 tunai dan template premium blogspot Flexnews untuk 3 orang pemenang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2020. Jom kita ramai-ramai memeriahkan giveaway ini.



Rujukan: 1, 2






Catat Ulasan

57 Ulasan

  1. mudah-mudahan pada tahun ini kita cepat merdeka dari Covid-19

    BalasPadam
  2. selamat maju jaya cik TK. In Shaa Allah, ada rezeki nanti...

    BalasPadam
  3. Dah 63 tahun kita merdeka kan, namun takut bila fikir betapa generasi muda kita kian terjajah mental mereka dgn budaya yg merosakkan iman terutamanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terdapat anasir-anasir yang tidak baik mempengaruhi, maka kita harus bertindak mencari cara untuk membendung masalah ini

      Padam
  4. Goodluck cik TK. Cuya pon join pertandingan sempena bulan merdeka ni anjuran U Cuya.

    nanti klik link di entri cuya ya utk ke IG Cuya,sebab video ad di sana

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html

    BalasPadam
  5. Wah saya baru tahu kalau hari kemerdekaan Malaysia jatuh di tanggal 31 Agustus 1957

    Salam merdekaaa 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam merdeka juga Ami! Kita menyambut merdeka itu pada bulan yang sama.. kalau nggak salah di Indonesia itu tanggalnya 17 Augustus bukan....

      Padam
  6. Selamat hari kemerdekaan yang ke 63 yaa cik, semoge malaysia bisa jadi negare maju dan subur makmur untuk bamgse dan rakyatnya.😊😊👏👏👏

    Meerrdeeekkkaaa!!...Merrdeeekkkaa!!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Indonesia juga menyambut HUT kemerdekaan yang ke-75 kan 17 Augustus yang lalu... Selamat menyambut kemerdekaan juga satria!!

      Padam
  7. All the best cik TK :)
    mudah mudah ada rezeki :)

    BalasPadam
  8. Selamat Ulang Tahun buat negara tetangga tercinta Malaysia yang ke 63... Merdeka merdekaaaa... Semoga makin maju dan berjaya. Amin

    Terutama segera bebas dari covid19. Minta doanya buat Indonesia juga yah..

    Salam kenal yah cik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal ya bayu!!! Selamat hari kemerdekaan juga buat indonesia yang ke-75!

      Moga kita semuanya bebas dari pandemi ini.. agar kita semua bisa beraktivitas seperti biasa...

      Padam
  9. Selamat hari Kemerdekaan ke 63 untuk Malaysia.

    Hari raya Kemerdekaan negara kita hanya selisih beberapa hari ya dan sama-sama di bulan Agustus.

    Selamat berkontes cik Tik 😊.
    Sukses!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih ya Himawan! Selamat hari kemerdekaan juga buat indonesia yang ke-75!

      Padam
  10. Selamat menyambut hari kemerdekaan
    Saya ikut senang
    Salam merdeka

    BalasPadam
  11. Salam blogwaling here. done follow blog ini. happy merdeka kak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah dan follow... Selamat hari merdeka juga!!

      Padam
  12. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kalau dengar balik moment sejarah tu rasa meremang dengar. Betapa besarnya erti kemerdekaan tu untuk Malaysia. Selamat menyambut hari merdeka.

    Semoga ada rezeki menang giveaway. Aaminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks fiza!!

      Sebab itu kita kena hargai kemerdekaan yang telah kita kecapi ni, begitu banyak perjuangan mereka untuk dapatkan kemerdekaan.

      Padam
  13. Salam kemerdekaan n goodluck :)

    BalasPadam
  14. SELAMAT BULAN MERDEKA !! GOOD LUCK YE :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you!! Selamat hari merdeka juga!!

      Padam
    2. Thank you!! Selamat hari merdeka juga!!

      Padam
  15. salam kemerdekaan..moga kita juga merdeka dari covid & yg sewaktu dgnnya...aamiin

    BalasPadam
  16. menarik giveaway ni..bukan sekadar letak kat blog backlink..kene buat homework. semoga berjaya Cik TK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kan.. kita jadi ingat sejarah merdeka balik. Hehe

      Padam
  17. Wow, best tu hadiahnya. Btw goodluck dan all the best cik TK :)

    BalasPadam
  18. Happy Independence day..
    Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 63.
    Salam merdeka..!
    Semoga Malaysia tetap berjaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih ya!!! Tanggal kita menyambut kemerdekaaan ini beda cuma beberapa hari aja.

      Padam
  19. Terima kasih kerana sudi join GA Blogger Merdeka yang saya anjurkan. Tahniah kerana terpilih sebagai salah seorang penerima hadiah wang tunai Rm50 dan juga Template Blogspot Premium.

    Sekali lagi terima kasih dan tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi anjurkan segmen GA ini... alhamdulillah

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!