Advertisement

RANDOM: MAKAN APA TU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini Cik TK ikut serta bersama kawan-kawan makan di Ah Cheng Laksa dan ini kali pertama cuba Pan Mee di sana. Sedap juga.

Pan mee di Ah Cheng Laksa

Okay itu mukadimah sahaja. Sebenarnya tujuan entri kali ini adalah benda-benda random yang Cik TK makan, yang mungkin macam tak biasa atau pelik bagi sesetengah orang iaitu diolah dari hasil tambahan campak-campak lauk semalam. Selain dari nasi goreng lauk semalam ya!

Ini sebenarnya Mamee Chef Lontong dengan telur,
dan juga bebola daging kecil dan besar dari sup bebola semalam.
Masa buat tu memang main-main ambil letak apa jumpa sahaja.
Dan Cik TK buat ini untuk sarapan.
Serius kenyang sampai petang.
Ini makan tengah hari bila terlalu malas.
Ambil sahaja roti dan letak apa-apa lauk lebih yang ada makan bersama roti.
Dalam kes ini, tempe dan ayam itu menjadi mangsa.
Ini pula ialah kuah sate minang makan bersama keropok.
Goreng banyak keropok semalam.
Sedap tau makan macam ni.
Ini pula ialah mi kering (mi kosong yang biasa jual paket 10 tu) Cik TK guna sup daging semalam, bersama lebih telur dadar semalam dan ditambah sedikit sosej.
Juga sebagai sarapan.

Yang ini pun serius entahlah apa Cik TK buat.
Bubur segera yang Cik TK rasa agak kosong Cik TK letak telur separuh masak yang belum dibuka pagi tadi.
Dan ditambah dengan meatball dari sup semalam.
Ditabur juga dengan serbuk lada hitam.

Apa benda yang macam agak unik atau merapu(!?) yang kalian buat dan makan? Kongsikanlah sedikit pengalaman kalian, mana tahu ada ramai yang buat seperti itu juga.






Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. uniquenya !!! boleh dah try macam tu kalau malas malas ke nnti

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan pan mee dengan kuah sate minang makan dengan keropok tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau Cik TK rajin, Cik Tk up pasal kuah sate tu.

      Padam
  3. Cik TK ni buat apa pon menjadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah uncle.. main campak2 je uncle

      Padam
  4. Kuah sate minang berbeza dengan kuah sate kita ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuah sate minang tu warna kuning tu, kalau yang kita pakai kuah kacang

      Padam
  5. biasa saya yg pelik..mcm laksa kan..kuah laksa saya suka mkn dgn keropok mcm maruku tu...mmg layan sguh saya mkn, kdg2 dgn maruku pagoda tu pn boleh buat mkn dgn kuah laksa ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh laksa dengan muruku.. uniknya shida... Nanti ada peluang Cik TK try juga.. hehe

      Padam
  6. Wuaah ... kerupuk kuah sate minang ituuu .. sukses bikin aku jadi pengiin!.
    Enak banget kelihatannya itu, kak 🤩

    BalasPadam
  7. ya Allah...tengok ikan bilis kat pan mee tu da tau sedap rangup...aduuuuuiii

    BalasPadam
  8. aaah sudah dia tayang makanan pulak huhuhu..lapoooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. nanti Cik TK nak tayang banyak2 lagi.. hehehe *gelak jahat*

      Padam
  9. Done follow #455

    Smue unik, pandai olah bhan yg sedia ad. Yg nampak sedap mamee chef lontong tu, mcam nak try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uii sedappp.. hehe Cik TK pun main campak-campak saja ni.. sumbat je apa nak sumbat...

      Padam
  10. Jadi pengen berkunjung ke Malaysia. Ingiiin sekali merasakan laksa yang kuahnya tampak begitu sedaap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Malaysia ini ada begitu banyak sekali makanan yang enak.. bila keadaan sudah reda datanglah liburan ke Malaysia...

      Padam
  11. ayat mama ammi selalunya gini.."ala kita yg buat dia"..
    jadi ammi pun buat konsep gini gak. Apa ada hal kalau dalam mihun goreng guna balance sambal sardin semalam ahahahaha.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!