Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah cuba mayonnaise kari? Dulu Cik TK pernah bahas pasal ini, di sini. Bertahun lamanya. Akan tetapi, masih tidak luput dari gaya pemakanan Cik TK. Mengikut mood dan selera semasa, apabila makan cucur itu, Cik TK kadangkala suka cicah sos sili thai atau mayonnaise. Atau makan begitu sahaja. Atau juga dengan cara seperti yang akan Cik TK tunjukkan di bawah ini.
Cucur yang dicicah dengan mayonnaise kari |
Hari ini bukan Cik TK nak buat entri resepi ya! Cik TK cuma nak berkongsi mengenai mayonnaise kari ini sahaja. Ikut suka hati kalian nak guna untuk cicah apa. Macam Cik TK, selain cucur (contoh seperti gambar di bawah) Cik TK juga guna untuk cicah nugget dan sosej. Dengarnya untuk salad pun sedap! Tapi Cik TK tak cuba lagi.
Apa yang diperlukan untuk mayonnaise kari ini adalah mayonnaise dan serbuk kari kegemaran kalian. Macam Cik TK mayonnaise biasa guna Kewpie atau yang Lady's Choice manakala untuk serbuk kari Cik TK guna Adabi atau Baba's.
Tuangkan sahaja mayonnaise dan serbuk kari ikut selera kalian sendiri berapa banyak nak letak. Gaulkan sebati dan siap!
Selamat mencuba!!!
10 Ulasan
Cik TK, hmmm atie lidah mamak..tapi i dont think this go well hahahaha
BalasPadamHaha bunyi memang macam pelik sikit.. tapi pada Cik TK okay la rasanya
Padamwah..tq sharing..:)
BalasPadamSama-sama Cik Nor
Padamini mmg pelik skit..xpernah terpikir hahaa..saya ingat cmpur kuah kari ^_^
BalasPadamHaha tak.. campur serbuk kari jaaaa... Cik TK ni memang selera kadang-kadang tu pelik sikit
PadamKalau di Indonesia kayaknya bumbu karinya (kalau di sini kare) beda deh Cik, aku nggak yakin mau nyampurin bumbu kare ke mayonnaise. Mungkin kalau saos tomat atau saos cabai, masih oke di lidah.
BalasPadamBukan aja bumbu karinya beda tuh pipit. Saos nya juga beda. Saya pernah coba saos cili pedas lampung, pedas sekali..
Padamwah begitu saje? tak pernah cuba lagi mayonese kari. Boleh lah cuba sikit nak rasa.
BalasPadamAah gitu aje. Selamat mencuba!!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!