Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Hari ini Cik TK ingin kongsi sesuatu yang Cik TK jarang ikut terlibat sekali, iaitu membuat kuih. Jujur Cik TK nyatakan di sini, sebelum ini Cik TK kurang gemar menyertai sesi membuat kuih muih dan bakeri (seperti membuat kek dan roti) di dapur. Tapi makannya mahu!
Untuk kali ini, Cik TK cuba membuat kuih onde-onde dan ianya satu pengalaman yang menarik! Dan ini juga kali pertama Cik TK kongsi resepi kuih di blog ini. Resepi ini Cik TK dapat di sini.
Kuih Onde-onde / Buah Melaka
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau
- Sehelai helai daun pandan
- Air secukupnya
- Gula melaka secukupnya (dipotong-potong)
- Kelapa parut secukupnya
Cara membuatnya:
- Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan pewarna hijau dalam satu bekas dan uli bersama air sedikit demi sedikit hingga ianya boleh digentel dan tidak melekat.
- Ambil doh kira-kira sebesar ibu jari dan leperkan.
- Letakkan gula melaka yang telah dipotong kedoh berkenaan dan dibulatkan semula.
- Didihkan air bersama daun pandan didalam periuk. Masukkan doh berisi gula melaka berkenaan ke dalam air yang mendidih.
- Angkat doh yang telah timbul dan toskan airnya.
- Di bekas lain, gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam.
- Golekkan doh yang telah ditos ke dalam bekas berisi kelap parut berkenaan.
- Sedia Dihidang. Selamat mencuba!!!
Sedang menunggu doh timbul |
0 Ulasan
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!