Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nasi adalah makanan ruji untuk kita rakyat Malaysia. Nasi berlauk, nasi campur, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan lain-lain semuanya menjadi santapan kita hari-hari. Akan tetapi, kadangkala bila hari-hari tengok nasi, makan nasi Cik TK ada sedikit rasa jemu. Sekali sekala nak makan benda lain selain nasi dan Cik TK ni jenis jarang makan luar dan jarang juga beli makanan delivery. Jadinya bila teringin nak makan macam-macam maka terhasillah pelbagai makanan dengan versi Cik TK sendiri (walaupun versi cincai dan main campak-campak tapi boleh la kan?).
Jadi lunch terakhir PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) hari ini di rumah sebelum mula masuk kerja semula pada hari esok (berakhirnya Work From Home) adalah 'Talam Western' simple (sebenarnya lebih kepada PINGGAN Western). Oh ya, ini versi simple-simple saja, bukan seperti yang ada di kedai makan ye. Setakat untuk makan sendiri, orang bujang makan seorang dirumah saja.
Cara-caranya mudah sahaja:
- Sediakan apa sahaja yang kalian nak makan (yang simple dan mudah) seperti kentang goreng/french fries, potato wedges, sosej, ayam goreng, nugget, meatball dan sebagainya. Guna barangan frozen senang, tinggal goreng saja. Kalau kalian nak letak salad, spagetti, mashed potato pun boleh saja. Ikut selera masing-masing. Selepas itu susun atas pinggan kalian.
- Kemudian sediakan sos yang kalian inginkan, ikut selera anda sendiri. Sos blackpepper, sos cili/tomato, mayonis dan sos keju. Sos keju yang Cik TK guna ini, Cik TK bancuh serbuk keju (beli di kedai bahan kek) dengan air suam saja.
- Mengikut selera kalian masing-masing, tuang sos-sos dan mayonis atas bahan yang telah disusun tadi atau boleh letak sos-sos dalam mangkuk-mangkuk kecil untuk kalian makan cicah dengan bahan-bahan tadi.
Ok dah siap! Selamat mencuba!!!
|
21 Ulasan
Allahu...kita ingatkan kuih talam western tadi tau...sampai hati cik TK mainkan perasaan perut kita..hahahhaha
BalasPadamalamak, maaf awak.. tak ada niat pun... hehehe
PadamUntuk kaum bujang sorang2 makan kat rumah malas nak keluar ok la kan...
BalasPadamBetul2... Kalau nak keluar hati-hati ye.. jangan lupa amalkan penjarakkan sosial tau
PadamSalam..
BalasPadamyang penting kenyang ye Cik TK
Ya benaaarrr! Itu yang terpenting!
PadamSesekali tukar selera, mmg layan..sedap nih..
BalasPadamKan kan kan...
Padamsalam
BalasPadamwahh menarik menu ni
sedappp nmpak cheese tu
Kannn part cheese tu yang best.. lagi2 penggemar cheese
Padamwahh puas makan nih
BalasPadamWah..nampak macam sedap gitu! Banyak sos, sampai menjilat jari hee..hee...
BalasPadamLagi2 yang minat cheese meleleh tu... Sedap!!
PadamBaru tahu serbuk keju ada dijual di kedai kek. Mahal tak harga?
BalasPadamAda.. kalau tak silap sebungkus tu lingkungan rm10 tak ingat berapa gram
Padammesti sedap!! izzati pun tengah lapar ni hehe. 😂❤️
BalasPadamSedap... ni ikut selera sendiri saja nak letak apa.
PadamAlaaaa,kita ingatkan awak betul-betul letak chicken chop ke ape 😠hahaha. Tapi kan sos cheese tu melimpah ruah ya ampun syoknyaaa. Guna cheese ape?
BalasPadamboleh je guna chicken chop. lepas tu letak cheese.. oh sedapnyaaaa.. ni sy guna serbuk cheese saja. tinggal letak air suam
Padampinggan western versi CikTK meriah betul Puas hati makan tu
BalasPadamikut selera sendiri saja... kalau fiza nak guna chicken chop ke, spagetti ke boleh sajaa
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!