Advertisement

RESEPI: 'TALAM WESTERN' BUATAN SENDIRI UNTUK LUNCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nasi adalah makanan ruji untuk kita rakyat Malaysia. Nasi berlauk, nasi campur, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan lain-lain semuanya menjadi santapan kita hari-hari. Akan tetapi, kadangkala bila hari-hari tengok nasi, makan nasi Cik TK ada sedikit rasa jemu. Sekali sekala nak makan benda lain selain nasi dan Cik TK ni jenis jarang makan luar dan jarang juga beli makanan delivery. Jadinya bila teringin nak makan macam-macam maka terhasillah pelbagai makanan dengan versi Cik TK sendiri (walaupun versi cincai dan main campak-campak tapi boleh la kan?). 

Jadi lunch terakhir PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) hari ini di rumah sebelum mula masuk kerja semula pada hari esok (berakhirnya Work From Home) adalah 'Talam Western' simple (sebenarnya lebih kepada PINGGAN Western). Oh ya, ini versi simple-simple saja, bukan seperti yang ada di kedai makan ye. Setakat untuk makan sendiri, orang bujang makan seorang dirumah saja.


Cara-caranya mudah sahaja:
  • Sediakan apa sahaja yang kalian nak makan (yang simple dan mudah) seperti kentang goreng/french fries, potato wedges, sosej, ayam goreng, nugget, meatball dan sebagainya. Guna barangan frozen senang, tinggal goreng saja. Kalau kalian nak letak salad, spagetti, mashed potato pun boleh saja. Ikut selera masing-masing. Selepas itu susun atas pinggan kalian.
  • Kemudian sediakan sos yang kalian inginkan, ikut selera anda sendiri. Sos blackpepper, sos cili/tomato, mayonis dan sos keju. Sos keju yang Cik TK guna ini, Cik TK bancuh serbuk keju (beli di kedai bahan kek) dengan air suam saja.
  • Mengikut selera kalian masing-masing, tuang sos-sos dan mayonis atas bahan yang telah disusun tadi atau boleh letak sos-sos dalam mangkuk-mangkuk kecil untuk kalian makan cicah dengan bahan-bahan tadi.
Ok dah siap! Selamat mencuba!!!

makanan bujang
Untuk yang ini, Cik TK guna nugget, sosej, french fries dan filamen ketam. Cik TK tuang saja mayonis dan sos keju.



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Allahu...kita ingatkan kuih talam western tadi tau...sampai hati cik TK mainkan perasaan perut kita..hahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak, maaf awak.. tak ada niat pun... hehehe

      Padam
  2. Untuk kaum bujang sorang2 makan kat rumah malas nak keluar ok la kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2... Kalau nak keluar hati-hati ye.. jangan lupa amalkan penjarakkan sosial tau

      Padam
  3. Salam..

    yang penting kenyang ye Cik TK

    BalasPadam
  4. Sesekali tukar selera, mmg layan..sedap nih..

    BalasPadam
  5. salam
    wahh menarik menu ni
    sedappp nmpak cheese tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn part cheese tu yang best.. lagi2 penggemar cheese

      Padam
  6. Wah..nampak macam sedap gitu! Banyak sos, sampai menjilat jari hee..hee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi2 yang minat cheese meleleh tu... Sedap!!

      Padam
  7. Baru tahu serbuk keju ada dijual di kedai kek. Mahal tak harga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada.. kalau tak silap sebungkus tu lingkungan rm10 tak ingat berapa gram

      Padam
  8. mesti sedap!! izzati pun tengah lapar ni hehe. 😂❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap... ni ikut selera sendiri saja nak letak apa.

      Padam
  9. Alaaaa,kita ingatkan awak betul-betul letak chicken chop ke ape 😭 hahaha. Tapi kan sos cheese tu melimpah ruah ya ampun syoknyaaa. Guna cheese ape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je guna chicken chop. lepas tu letak cheese.. oh sedapnyaaaa.. ni sy guna serbuk cheese saja. tinggal letak air suam

      Padam
  10. pinggan western versi CikTK meriah betul Puas hati makan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut selera sendiri saja... kalau fiza nak guna chicken chop ke, spagetti ke boleh sajaa

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!