Advertisement

ALKISAH MEETING HARI INI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Cik TK baru je balik dari meeting di HQ. Di sini setiap bulan kami akan berjumpa dengan semua wakil-wakil pengurusan dari setiap cawangan. Di sini jugalah kami dan semua pihak atasan dapat bersua muka melepaskan rindu yang menebal di jiwa.

Di sini jugalah kami wakil pihak pengurusan cawangan akan selalu kena tibai, kena tegur marah tiaw habis-habisan jika ada yang tak kena dicawangan masing-masing. Tapi di sini jugalah kami akan kena puji sampai kembang jika menunjukkan prestasi yang baik dan memberangsangkan.

Dan di sini jugalah segala isu diutarakan, segala ilmu dan pengetahuan baru dicurahkan dan di sinilah kami dapat bertemu dengan rakan seangkatan kami dan saling bertukar kisah hidup kami tak lupa juga bergosip mengenai cawangan masing-masing.

Akan tetapi, hari ini lain kisahnya. Ada dua orang rakan sejawatan dinaikkan pangkat. Selama lebih setahun Cik TK berada di sini, inilah pertama kali Cik TK menyaksikan kejadian sebegini. Mungkin berita gembira dan ianya juga mungkin berita sedih. Berita gembira kerana Cik TK tumpang gembira dengan kejayaan rakan seangkatan. Berita sedih kerana mungkin dia akan menggantikan bos Cik TK sementara dia cuti bersalin. Bukan Cik TK tak suka, cuma dia agak kuat membebel. Takut bingit je nanti. Tapi dari segi kerja dia memang bagus dan ada banyak kelebihan.

Tak apalah, pada Cik TK, tak kisahlah siapa yang akan ganti bos untuk sementara ni cuma Cik TK harap kami boleh bekerjasama dengan baik. Apapun, tahniah Miss Y dan En. B..!!


Catat Ulasan

0 Ulasan