Khamis, 26 September 2013

RESEPI: NASI AYAM (NASINYA SAJA)



Bahan-bahan:
600g beras
3 sudu makan minyak
3 cm kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
1 cm halia – dikisar
0.5 cm kunyit – dikisar
1.3 liter air rebusan ayam (atau campuran air dan 1 kiub ayam)
1 helai daun pandan – dipotong pendek
setengah sudu kecil garam


Cara-cara:

(Cik TK masak guna periuk nasi) 
  1. Tumis bahan rempah (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih) bersama bahan yang dikisar. 
  2. Kemudian masukkan air rebusan ayam, daun pandan dan garam. 
  3. Apabila mendidih masukkan beras. 
  4. Setelah nasi masak, hidang dengan ayam, sup, salad, sambal dan sebagainya. 

Remark: Ketika ini, untuk ayam Cik TK guna ayam goreng biasa. Sambal juga guna sambal yang biasa Cik TK buat dan untuk sup pula Cik TK guna lebihan air rebusan ayam yang diperasakan dengan apa-apa yang sepatutnya bersama daun sup. Manakala untuk kicapnya pula Cik TK gunakan kicap lemak manis, bawang putih kisar, cili padi dan garam.




2 ulasan:

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!