Assamualaikum dan salam
sejahtera.
Lama betul Cik TK tak update
blog ni. Mesti ada yang ternanti-nanti update dari Cik TK kan? Perasan sungguh,
macam ada yang baca kan? Semester ni sungguh HECTIC sekali, sungguh sibuk
dan penuh dengan drama. Kalau ada masa nanti Cik TK update pasal “drama” yang
terjadi semester ni.
Alhamdulillah hari tu
(3/6) VIVA (thesis presentation) berjalan lancar. Itulah kali pertama VIVA
diadakan dalam bentuk majlis kolokium sebegini di Universiti Malaysia Kelantan
ni. Haha! Mula-mula rasa seram sejuk juga, sebab bayangkan
akan ada ramai lecturer dan para pelajar datang. Rupanya cuma budak-budak kelas
je beserta lecturer-lecturer yang datang evaluate kami, ada juga la
junior-junior datang tengok kami.
Dan waktu Cik TK present,
seronok sikit. First presenter untuk sesi petang (jadual tergendala, sepatutnya
present pagi) dan waktu tu cuma ada Cik TK punya evaluator dan 7 orang budak kelas
je sebagai penonton. Kurang sikit nervous. Hehe~ dan masa tu ada dua orang rakan seperjuangan Cik TK (kami di bawah supervisor yang sama) dan En.T yang memberi dorongan sewaktu menunggu giliran untuk present sejak pagi tu.
Tentatif kolokium
Bertempat di BK5, separuh dari ahli kelas present di sana. Ramai junior datang tengok...
Bertempat di BK4, Cik TK sedang menerangkan hasil kajian
Salah seorang lecturer sedang evaluate student (Pada masa ini sedang evaluate Cik TK)
Siap ada Anugerah Pembentang Terbaik. Sah-sah la penerimanya bukan Cik TK.
Jamuan pun ada sekali kepada semua pensyarah terlibat dan para pembentang
Rahmat selepas sesi VIVA. Hujan dan pelangi. Cantik!
Haha! Banyak cerita
pasal VIVA pula. Lari dari tajuk tu! Untuk pengetahuan korang, study week Cik TK
kali ni bukannya study week. Sebab tak sempat study pun! Dalam jangkamasa
seminggu tempoh study week tu, Cik TK sibuk dengan VIVA, assignment-assingment dan juga
term paper. Yang term paper ni paling tak boleh blah la. Tempoh satu semester
diberi untuk disiapkan, tapi kami satu kumpulan (bukan kami je, satu kelas
macam tu) mula buat sebaik sahaja tamat sesi VIVA dan perlu dihantar sehari
sebelum mula final exam. Alhamdulillah, lebih 70 muka surat juga jadinya
walaupun buat last minute. Malam nak final (8/6) tu kami hantar, dan lepas tu
kelam kabut baru nak mula study sebab esoknya first exam paper.
Kenangan assignment terakhir...
9/6- First paper. Subjek
Perubahan Iklim. Reaksi kami semua à DEM! Kenapa? Baru buka
kertas soalan, terus kami tergamam tengok perkataan ENSO (Entri lalu).
11/6-Paper kedua.
Ekonomi alam sekitar. Alhamdulillah, berjalan lancar.
Lepas ni, ada lagi 3
paper. Management, Mandarin dan SME. Mood study belum datang lagi. Hmmm…
p/s: Semester ni balik
lambat~ Orang lain balik 21/6, kami yang ambil subjek SME terpaksa balik lepas
25/6… dan mungkin lebih lambat atas urusan tertentu yang perlu dilakukan. huhu~
0 Ulasan
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!