Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Okay, lembu ni pandai pulak melarikan diri dari disembelih...
|
Hari ini
semua umat Islam serata dunia menyambut Hari Raya Qurban… Sudah pasti
kebanyakan pembaca di luar sana menyambutnya dengan meriah, bersama keluarga
tercinta. Cik TK pula? Menghabiskan masa berkualiti di hari raya ini bersama
kawan-kawan di asrama, jauh di sebuah IPTA di Kelantan.
Kali
pertama seumur hidup Cik TK beraya jauh dari ibubapa dan adik-adik tercinta… Hmm,
ramai juga kawan-kawan Cik TK yang terkejut sebab Cik TK tak balik. Kenapa Cik TK tak
balik? Apa boleh buat… Kalau balik pun, kena balik ke Kelantan hanya untuk
kelas selama 3 hari (Isnin-Rabu) dan kemudian cuti semula selama 2 minggu. Rasa
macam rugi hampir RM100 je untuk tiket bas kalau balik. Hehe~
Walaupun
ramai yang tak pulang menyambut raya di rumah, sambutan oleh pihak universiti bolah
tahan juga. Solat sunat raya, pelbagai aktiviti dan pengisian turut diadakan.
Malah esok (27/11) juga 2 ekor lembu akan dikorbankan dan jamuan akan diadakan.
Tapi bukan
semua aktiviti yang Cik TK join. Jadi, apa je yang Cik TK buat hari ni?
Hari ni, Cik TK
main ‘pondok-pondok’ bersama kawan, dan Cik TK habiskan masa hari ni depan lappy
menguji pelbagai perisian skemanya! Biasa orang lain kata software je yang
baru saja di download ketika bosan. Kalau Cik TK rajin, Cik TK akan buat entri mengenai
perisian-perisian tu. KALAU RAJIN LA EK… hehe~
Okay lah. Cik TK nak sambung uji perisian. Baibai! Selamat Hari Raya AidilAdha!
p/s: Berikut adalah senarai-senarai software yang Cik TK cuba hari ni...
Cyberlink PowerDirector 10 |
Sony Vegas Pro 11 |
Stardock |
VideoPad Video Editor |
PDF Xchange Viewer |
MiniLyric |
2 Ulasan
aduss lembu ats bumbung?hehe
BalasPadamHi dear! Wah best blog ni! ^^ Jom singgah saya pula.. http://www.aimisyahirah.com/2012/11/me-as-gypsy-girl-in-urban-street.html
BalasPadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!