Isnin, 8 Oktober 2012

BERBLOG DI DEWAN KULIAH! OH YEAH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sedang kini Cik TK berada di dalam dewan kuliah mendengar alunan suara lecturer yang mendodoi manja, fikiran Cik TK pun melayang entah ke mana… Gemersik suara lecturer yang sungguh merdu disertai slide powerpoint yang dilihat bagaikan pemandangan yang sungguh ‘indah’ membantu fikiran Cik TK untuk melayang lebih jauh…

Mungkin pada saat ini fikiran Cik TK sudah berada di Jepun, menikmati pemandangan dari puncak Gunung Fuji… Mungkin juga lebih jauh. Di Kutub Utara mungkin, sedang rancak bermain dengan BERUANG KUTUB!

Aish… Cik TK merepek apa ni…? Tengah dalam kelas ni… Kenapa Cik TK tak boleh concentrate ni…? Apa agaknya yang kawan-kawan tengah buat ya?

Toleh kanan, kawan sebelah ni sibuk menghasilkan karya seni di atas helaian kertas A4 yang sepatutnya digunakan untuk menulis nota ringkas… Toleh kiri, kawan sebelah ni sibuk main game apa ntah.  Intai orang depan, ber-facebook pula di telefon bimbit canggihnya itu… Yang duduk belakang Cik TK, sudah hanyut diulit mimpi indah… Bila perhatikan sekeliling, rasanya yang duduk barisan depan sekali sahaja yang mendengar ajaran lecturer.

Aiyoo…! Apa nak jadi ni…? Cik TK! Concentrate! Tahun 4 dah ni…! Tak boleh main-main… Hukhuk~


p/s: Korang jangan tiru adegan ini di mana-mana ya... tak baek tau!



Cik TK tak ada gambar sendiri dalam kelas... So ini gambar budak-budak kelas kami~!
Oh kenangan sungguh gambar ni... Okay, teka lah Cik TK yang mana satu... Hehe~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!