Ahad, 15 April 2012

MY GENERASI IMBAU KENANGAN MASA LALU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada hari ini Cik TK ingin kongsikan sesuatu yang Cik TK jumpa di Youtube... Video bertajuk "My Generasi" oleh JinnyBoyTv memang membuatkan Cik TK teringat kenangan sekolah dulu-dululah! Cik TK buat semua tu waktu Cik TK kecil-kecil dulu... Lawan pemadam, main tutup botol, tulis biodata, semua Cik TK buat dulu... 

Keadaan ini sangat berbeza berbanding generasi kini. Kenapa Cik TK kata berbeza? Kerana generasi kini lebih kepada Facebook, PSP, Playstation, iPad la, macam-macam lagi la... Oh, teknologi je semua... Ke salah apa yang Cik TK kata ni? Generasi kini masih main tak dengan semua yang generasi dulu main ni?

Apa-apa pun, jom layan video ni... Yang pernah alami perkara ini mesti teringat masa dulu kan?   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!